awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang

Bernama
Bernama
11/06/2023
05:04 MYT
PM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang
Anwar telah bertemu dengan skuad kendalian Asnan Md Zuki itu semalam, dan berhadap pasukan itu dapat meneruskan prestasi cemerlangnya pada masa akan datang. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja baru-baru ini.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata beliau telah bertemu dengan skuad kendalian Asnan Md Zuki itu semalam, dan berhadap pasukan itu dapat meneruskan prestasi cemerlangnya pada masa akan datang.
"Saya ucap tahniah kepada mereka, dan berharap agar prestasi cemerlang ini dapat diteruskan," katanya.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung Khamis lepas, skuad negara menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik tamat masa sebenar perlawanan, sekali gus menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad.
Sementara itu Perdana Menteri turut memuji aksi dan pencapaian yang dipamerkan kontinjen Malaysia sepanjang temasya APG 2023 berlangsung.
"Ucapan tahniah juga ditujukan buat kontinjen Malaysia keseluruhannya yang mempamerkan aksi yang sangat baik sepanjang temasya berlangsung," katanya.
Pada APG 2023 di Kemboja yang berakhir Jumaat lepas, Malaysia memperoleh 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa sekali gus melepasi sasaran 33 emas yang diletakkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad bola sepak cerebral palsy
#Anwar Ibrahim
#Sukan Para ASEAN
#raih emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan