awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap tahniah kepada skuad hoki lelaki 5s negara

Bernama
Bernama
01/02/2024
09:48 MYT
PM ucap tahniah kepada skuad hoki lelaki 5s negara
Anwar mengucapkan tahniah atas pencapaian dilakar skuad bimbingan Wallace Tan biarpun tumpas 2-5 kepada Belanda pada aksi final yang berlangsung di Hockey Oman Venue itu. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia muncul naib juara edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) 2024 pada Rabu malam (awal pagi Khamis waktu Malaysia) mencuri perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam hantaran di laman Facebook hari ini mengucapkan tahniah atas pencapaian dilakar skuad bimbingan Wallace Tan biarpun tumpas 2-5 kepada Belanda pada aksi final yang berlangsung di Hockey Oman Venue itu.
"Tahniah kepada pasukan hoki 5 sebelah negara yang menjadi naib juara Piala Dunia Hoki 5 sebelah lelaki di Muscat, Oman.
"Terus pamerkan kesungguhan dan aksi luar biasa dalam setiap kejohanan yang disertai selepas ini," kata beliau.
Malaysia memulakan kempen peringkat Kumpulan D dengan keputusan seri 3-3 menentang tuan rumah Oman sebelum mencatat dua kemenangan masing-masing mengatasi Amerika Syarikat 3-2 dan Fiji 8-3 bagi mengesahkan slot ke suku akhir.
Skuad kebangsaan yang bergelar naib juara Kumpulan D kemudian menumpaskan juara Kumpulan C Trinidad dan Tobago 5-4 di peringkat suku akhir sebelum mengesahkan kemaraan ke final apabila mengatasi Poland 4-3 pada aksi separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Hoki 5 sebelah
#skuad hoki 5s Malaysia
#naib juara
#tewas kepada Belanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan