awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide

Bernama
Bernama
03/02/2024
11:40 MYT
Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih 'berbisa' untuk menjadi pencabar di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila cemerlang memperoleh gelaran keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia hari ini.
Pada perlumbaan yang berlangsung di Super-Drome itu, pelumba yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu mempamerkan kayuhan bertenaga mengetepikan cabaran getir dari dua pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota untuk memperoleh emas pertamanya tahun ini.
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.
Pelumba berusia 36 tahun itu sebelum ini menduduki tempat ketiga pada peringkat separuh akhir untuk mara ke pusingan akhir.
Bagaimanapun, seorang lagi pelumba negara Muhammad Fadhil Zonis gagal menamatkan perlumbaan dalam pusingan repechage selepas menamatkan saringan kedua di tempat kedua acara keirin.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi akaun X mengucapkan tahniah kepada Mohd Azizulhasni atas kejayaannya itu.
"Datuk Azizulhasni Awang telah memenangi emas acara keirin di Kejohanan Tissot UCI Nations Cup Adelaide, Australia sebentar tadi. Tahniah! #RoadToGold," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Azizulhasni Awang
#jaguh berbasikal trek negara
#pocket rocketman
#emas
#Piala UCI Adelaide
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan