PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho percaya pemain tengah, Paul Pogba akan menjadi kapten pasukan United di masa akan datang.

Pogba, yang kembali ke United dengan rekod perpindahan bernilai GBP89.3 juta, sudah kembali mempamerkan aksi yang berkualiti dan membantu mengukuhkan kedudukan United di tangga keenam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mourinho berasakan perwatakan yang dimiliki oleh pemain berusia 23 tahun itu mampu mengetuai United di masa akan datang.

"Saya berasakan dia memilikinya. Pogba seorang pemain yang memiliki cita-cita dan keinginan untuk menang. Saya percaya dengan personaliti yang dimilikinya, dia akan menjadi kapten United di masa akan datang.

Pogba telah dikritik kerana gagal mempamerkan kualitinya di awal musim, tetapi sudah semakin selesa di United dan menghasilkan gandingan yang baik bersama Zlatan Ibrahimovic.

"Dia seorang pemain yang berkualiti, tetapi pasukan juga harus perlu menghasilkan perkara yang sama."