Bahan mercun dan suar yang digunakan penyokong tempatan disyaki dibawa masuk menerusi penjual minuman dalam stadium sebelum aksi kelayakan bola sepak Piala Dunia 2018 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula di Stadium Shah Alam semalam, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat.
Beliau berkata polis sudah melakukan pemeriksaan rapi kepada penyokong sebelum dibenarkan memasuki stadium itu.
"Saya sendiri berada di pintu tiket A dan B stadium itu untuk melakukan pemeriksaan. Kami minta buka kasut dan sebagainya.
"Cuma penjual air minuman ini tidak memasuki pintu masuk, sebaliknya menggunakan pintu lain sebelum perlawanan bermula. Jadi kami percaya mungkin barang-barang mercun ini dibawa masuk melalui penjual air minuman di stadium ini.
"Oleh itu, kami akan panggil penjual air yang berada di stadium ketika perlawanan semalam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan ini, " jelasnya dalam satu media hari ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini.
11 lelaki berusia dari 19 sehingga 36 tahun ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan di stadium.
Lima daripada suspek merupakan pelajar universiti awam dan swasta manakala dua orang lagi mempunyai rekod jenayah lampau.
Polis akan mengadakan pertemuan dan bermesyuarat dengan agensi yang terbabit iaitu bersama Persatuan Bola Sepak (FAM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai insiden ini.
Shafien berkata polis juga meminta agensi yang berkaitan untuk mengkaji semula kebenaran membawa alatan bunyi seperi vuvuzela ke stadium.
"Kita minta pihak yang berkaitan mengkaji semula keperluan membawa masuk alat-alat bunyian. Kerana apa, daripada apa yang kita perhatikan semalam, bunyi-bunyi alatan itu mempunyai kodnya tersendiri," jelasnya lagi.
Mariah Ahmad
Wed Sep 09 2015
SHAFIEN: Polis sudah melakukan pemeriksaan rapi kepada penyokong sebelum dibenarkan memasuki stadium itu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur
Tindakan berkenaan akan menyebabkan tong sampah rosak akibat terbakar sekali gus menyukarkan pekerja pembersihan melupuskan sisa domestik.
Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan, antaranya, disimpan di kawasan selamat.
Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan
Kedua-dua suspek mempunyai masing-masing dua dan empat rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.
Polis sedang mengesan individu bermain mercun di balkoni pangsapuri di Meru
Kejadian bermain mercun itu dikatakan berlaku di tingkat 20, Residensi PR1MA Meru.
KPWKM nasihati ibu bapa awasi anak-anak main mercun, bunga api
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak ketika bermain mercun atau bunga api sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.
Polis Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak 25 Mac
Jumlah berkenaan membabitkan 39 kes serta tangkapan melibatkan 25 lelaki dan enam wanita warga tempatan.
Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun
Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.
Polis Pahang tolak permohonan jual mercun, bunga api dalam talian
Polis Pahang menolak 50 permohonan menjual mercun dan bunga api sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri setakat 10 April lepas, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Lelaki cedera parah di kedua-dua tangan akibat mercun diubah suai
Abang mangsa yang terdengar bunyi letupan kuat berdekatan rumahnya menyangka terdapat pergaduhan dan terus menghubungi polis.