Portugal cipta sejarah, rangkul kejuaraan Piala Dunia B-17 di Qatar

Pemain Portugal meraikan kejayaan selepas menjuarai perlawanan akhir Piala Dunia B-17 FIFA menewaskan Austria di Doha, Qatar, 27 Nov 2025. (Foto AP)
PORTUGAL mencatat sejarah baharu dalam bola sepak remaja apabila muncul juara Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) buat kali pertama selepas menewaskan Austria 1-0 pada aksi final di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar, malam tadi.
Ringkasan AI
- Portugal mencipta sejarah dengan menjadi juara Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) untuk kali pertama selepas menewaskan Austria 1-0 dalam aksi final di Qatar.
- Gol tunggal Anisio Cabral pada minit ke-32 hasil hantaran Duarte Cunha memastikan kemenangan bersejarah bagi Portugal yang mendominasi perlawanan.
- Kemenangan ini menandakan kemunculan generasi baharu bola sepak Portugal yang bersedia menggegarkan dunia, mengukuhkan reputasi negara sebagai juara Eropah B-17 dan mewarisi kejayaan legenda seperti Cristiano Ronaldo.
Austria pula terpaksa akur dengan status naib juara, namun pencapaian ini tetap menjadi rekod terbaik mereka dalam sejarah Piala Dunia B-17. Sebelum ini, mereka tidak pernah melepasi peringkat kumpulan.
Sepanjang perlawanan, Portugal menguasai bola dengan 58 peratus penguasaan dan mencipta 10 percubaan, berbanding Austria yang hanya memiliki lapan percubaan. Namun, Austria hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-81 melalui tandukan Ifeanyi Ndukwe, tetapi diselamatkan oleh penjaga gol Portugal, Romario Cunha.
Cabral yang menjadi wira Portugal turut menamatkan kejohanan dengan tujuh gol, hanya satu gol di belakang penyerang Austria, Johannes Moser, yang meraih anugerah Kasut Emas dengan lapan jaringan.
Di tempat ketiga, Itali menewaskan Brazil 4-2 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa sebenar. Kejohanan edisi 2025 ini juga mencatat sejarah apabila diperluas kepada 48 pasukan dan akan berlangsung setiap tahun dengan Qatar sebagai tuan rumah untuk empat edisi seterusnya.
Kemenangan Portugal ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi mereka sebagai juara Eropah B-17, tetapi juga memberi isyarat bahawa generasi baharu bola sepak negara itu sedang bersedia untuk mengikut jejak langkah legenda seperti Cristiano Ronaldo.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


