Presiden Brazil Dilma Rousseff membalas kritikan yang dilemparkan oleh bekas bintang bola sepak Ronaldo berhubung persediaan tidak rapi negara itu untuk Piala Dunia FIFA™.

"Saya yakin negara kami berada di landasan baik untuk Piala Dunia," kata Rousseff tanpa menyebut nama Ronaldo secara langsung. "Saya berbangga dengan pencapaian kami. Kami tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa malu dan kami tidak mempunyai rasa rendah diri. "

Ronaldo sebelum ini mengeluh kerana banyak projek-projek infrastruktur yang dijanjikan oleh kerajaan Brazil untuk kejohanan ini ditangguhkan, menurunkan skala, dibatalkan malah ada kerja-kerja stadium belum selesai biarpun sepak mula Piala Dunia tinggal dua minggu lagi.

"Ia memalukan. Saya malu, saya sayangkannya kerana ini adalah negara saya dan kita tidak perlu menghantar imej ini ke luar negara," kata Ronaldo, yang juga sebagai anggota Jawatankuasa Penganjur Tempatan.

Komen yang dibuat ROnaldo mendapat liputan meluas media di Brazil.

Sebelum itu, Menteri Sukan Brazil Aldo Rebelo berkata komen dibuat Ronaldo berkenaan tidak ubah seperti "menjaringkan gol sendiri," dengan menganggap bintang bola sepak itu banyak terlibat dalam persiapan piala untuk dirinya.

"Saya melihat beberapa bandar banyak dengan projek pembinaan... Siapa tahu berapa banyak yang sudah siap di Cuiaba jika ia tidak kerana Piala Dunia? - Stadium Astro