awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia dilantik Naib Presiden ISTAF

Bernama
Bernama
30/07/2022
20:47 MYT
Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia dilantik Naib Presiden ISTAF
Datuk Suhaili Abdul Rahman, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia.
BANGKOK: Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) Datuk Suhaili Abdul Rahman dilantik sebagai salah seorang naib presiden baharu Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).
Setiausaha Agung Istaf Datuk Abdul Halim Kader dalam kenyataan berkata Suhaili adalah antara lapan Naib Presiden ISTAF baharu yang dilantik dalam pemilihan yang diadakan pada Jumaat.
"Ini menunjukkan kepercayaan terhadap kepimpinan Suhaili dan pasukannya daripada MASTAF akan meningkatkan pembangunan sepak takraw di Malaysia serta di peringkat antarabangsa," katanya.
Abdul Halim yakin kepimpinan MASTAF akan terus bersinar susulan diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Dunia Bawah 21 Tahun pada minggu kedua Jun tahun depan.
Venue kejohanan tersebut dicadangkan sama ada di Kuala Lumpur atau Sabah, tambahnya.
Sementara itu, Jeneral Dr. Charouck Arirachakaran dari Thailand dilantik semula sebagai Presiden ISTAF bagi penggal 2022-2026.
Beliau meraih 32 undi daripada wakil anggota berbanding pencabar tunggalnya Karen Claire T. Caballero daripada Pemerbadanan Sepaktakraw Filipina, yang juga merupakan Pembantu Setiausaha Agung Majlis Olimpik Kebangsaan Filipina, yang menerima hanya empat undi.
Boonchai Lorhpipat dari Thailand dan Gum Yeon Goo dari Korea Selatan menang kedua-dua jawatan timbalan presiden tanpa bertanding.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Naib Presiden ISTAF
#Suhaili Abdul Rahman
#sepak takraw
#pemilihan ISTAF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan