awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara

Astro Arena
Astro Arena
18/12/2024
03:20 MYT
Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail mengadakan pertemuan dengan Infantino pada 17 Disember 2024 di mana Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia. - Facebook HRH Crown Prince of Johor
PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino, menyokong penuh projek terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memberi penekanan khusus kepada skuad Harimau Malaya menjelang tahun depan.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TMJ menerusi X, Infantino yakin dan sedia menaruh kepercayaan terhadap inisiatif itu bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi salah satu kuasa bola sepak di dunia.
"Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ia juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.
"Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi Pemangku Sultan Johor dan bersetuju memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan," menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#FIFA
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#harimau Malaya
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan