awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSM ditawar hak penganjuran Piala Asia 2025 - ASTAF

Bernama
Bernama
19/06/2024
08:15 MYT
PSM ditawar hak penganjuran Piala Asia 2025 - ASTAF
Abdul Halim memaklumkan tawaran berkenaan dibuat Jawatankuasa Tertinggi ASTAF dalam mesyuaratnya di Bangkok, Thailand baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) telah menawarkan hak penganjuran kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 (Asia Cup 2025) yang diperkenalkan oleh ASTAF buat julung kalinya.
Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader dalam kenyataan hari ini memaklumkan tawaran berkenaan dibuat Jawatankuasa Tertinggi ASTAF dalam mesyuaratnya di Bangkok, Thailand baru-baru ini setelah mesyuarat sebulat suara membuat keputusan melantik Malaysia selaku tuan rumah.
Justeru, beliau berharap supaya badan induk sukan yang diterajui Datuk Mohd Sumali Reduan dan Majlis Tertinggi PSM itu dapat mempertimbangkan tawaran terbabit dengan sebaiknya.
Abdul Halim berkata faktor utama Malaysia diberi kepercayaan dan ditawarkan hak penganjuran Piala Asia 2025 bersandarkan kepada 10 asas kukuh dan praktikal antaranya Malaysia berjaya menganjurkan Kejohanan Piala Dunia Sepaktakraw Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dengan cemerlang pada 16-26 Mei lepas.
"... apa yang lebih mustahak adalah keprihatinan (Menteri Belia dan Sukan) Hannah Yeoh yang membolehkan PSM merealisasikan matlamat pelaksanaan penganjuran ISTAF World Cup Sepaktakraw melalui pemberian geran penajaan sukan berjumlah RM1 juta.
"Kejohanan yang julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadikannya sebagai medan ujian bagi negara-negara yang akan terlibat dengan Sukan SEA Bangkok, Thailand 2025," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Abdul Halim yang juga Setiausaha Agung ISTAF berkata format bagi tiga acara akan dicadangkan kepada Federasi Sukan SEA di Bangkok melibatkan acara regu berpasukan, regu, double dan quadrant.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Sepaktakraw Malaysia
#PSM
#Persekutuan Sepaktakraw Asia
#Astaf
#Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025
#Abdul Halim Kader
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan