awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSV bangkit belasah Napoli 6-2, raih kemenangan pertama Liga Juara-Juara

Muhamad Syazwan Jonizar
Muhamad Syazwan Jonizar
21/10/2025
23:40 MYT
PSV bangkit belasah Napoli 6-2, raih kemenangan pertama Liga Juara-Juara
PSV Eindhoven mencipta kejutan besar apabila bangkit menewaskan Napoli 6-2. - Foto REUTERS
PSV Eindhoven mencipta kejutan besar apabila bangkit menewaskan Napoli 6-2, sekali gus meraih kemenangan pertama mereka dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Ringkasan AI
  • Selepas ketinggalan awal, PSV menjaringkan enam gol termasuk dua oleh Dennis Man untuk raih kemenangan pertama musim ini.
  • Napoli hilang kawalan selepas Lorenzo Lucca dibuang padang, membuka ruang PSV menambah empat gol dalam babak akhir.
  • PSV melonjak ke tangga ke-11, manakala Napoli jatuh ke tempat ke-22 selepas kekalahan kedua berturut-turut.

Aksi di Philips Stadion bermula dengan kelebihan kepada pasukan pelawat apabila Scott McTominay membuka jaringan awal dan kemudian turut menambah satu gol saguhati buat Napoli.
Namun tujuh minit selepas gol pembukaan itu, PSV bangkit dengan dua jaringan pantas bermula dengan gol sendiri Alessandro Buongiorno sebelum rembatan jarak jauh Ismael Saibari meletakkan tuan rumah di depan.
Dennis Man menambah dua lagi gol untuk PSV, diapit oleh detik dramatik apabila penyerang Napoli, Lorenzo Lucca, dilayangkan kad merah pada minit ke-76 kerana membantah keputusan pengadil.
McTominay sempat merapatkan kedudukan lima minit sebelum tamat, tetapi Ricardo Pepi segera memadamkan harapan Napoli dengan jaringan keempat PSV sebelum Couhaib Driouech melengkapkan pesta gol dengan sepakan jarak jauh yang menakjubkan.
Kekalahan ini merupakan yang kedua berturut-turut buat pasukan kendalian Antonio Conte, yang turut tewas kepada Torino dalam saingan Serie A hujung minggu lalu.
Napoli kini jatuh ke tangga ke-22 dalam fasa liga 36 pasukan Liga Juara-Juara, manakala PSV melonjak ke kedudukan ke-11.
View this post on Instagram
A post shared by PSV (@psv)
Topic Berkaitan
#PSV Eindhoven
#Champions League
#Liga Juara-Juara
#Napoli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan