awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusingan kedua Piala Malaysia beri kelebihan kepada Sarawak - Robert Alberts

Bernama
Bernama
30/08/2013
11:23 MYT
Pusingan kedua Piala Malaysia beri kelebihan kepada Sarawak - Robert Alberts
Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts yakin pusingan kedua Piala Malaysia akan memberi sedikit kelebihan kepada pasukannya.
Kini, Sarawak menduduki tempat kedua dalam Kumpulan D dengan empat mata.
Alberts berkata dengan dua perlawanan di gelanggang sendiri, berbanding hanya satu pada pusingan pertama, beliau yakin Sarawak mampu menambah baik kedudukannya.
"Dalam tempoh lapan hari pada pusingan pertama, kami perlu guna empat hari untuk perjalanan serta bermain dalam tiga perlawanan dan ini amat berat untuk kami...tapi kini, keadaan nampaknya memberi kelebihan kepada kami kerana kami akan bermain dalam dua perlawanan di tempat sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) di sini malam tadi.
Mengenai perlawanan dengan Kedah di Stadium Negeri di Petra Jaya, esok, beliau berkata Sarawak sudah cukup bersedia untuk menghadapinya dan semangat pemainnya juga begitu tinggi.
"Pemain import Sarawak Guy Bwele, yang cedera dan tidak dapat bermain pada perlawanan menentang pasukan yang sama, Kedah, pada Selasa, kini kembali cergas dan pasti beraksi esok, tapi ketua pasukan Mohd Shahrol Saperi dijangka tidak dapat bermain kerana mengalami kecederaan lutut," katanya.
Topic Berkaitan
#bolasepak
#Piala Malaysia
#Robert Alberts
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan