awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal - Khairy

Bernama
Bernama
22/05/2017
11:19 MYT
Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal - Khairy
Khairy Jamaluddin membuat gimik pelancaran pada sidang media mengenai Larian Sukan Sea 2017 di Lobi Sekretariat Majlis Sukan Negara Bukit Jalil hari ini. --fotoBERNAMA
Putrajaya dan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dikenal pasti antara lokasi pembinaan sebuah stadium ragbi kekal bagi memastikan pemain negara mempunyai tempat latihan yang khusus sebelum menghadapi sesuatu kejohanan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sedang mengadakan perbincangan lanjut mengenai kesesuaian tapak bagi tujuan itu.
"Setelah kita buat pertimbangan dan rundingan dengan tuan punya tanah sama ada di UPM atau Perbadanan Putrajaya, maka bolehlah kita umumkan keputusan berkenaan iaitu dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis pengumuman Larian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di sini hari ini.
Khairy sebelum ini dilaporkan berkata KBS bercadang membina sebuah stadium ragbi kekal bagi menghargai kejayaan Malaysia menjuarai Divisyen Satu Kejohanan Ragbi Asia di Bukit Kiara, tahun lepas.
Skuad negara ketika ini menjalani latihan sama ada di Padang UPM dan Padang Kelab Cobra di Petaling Jaya.
Dalam perkembangan sama, Khairy memaklumkan pihaknya sedang mengadakan rundingan agar Akademi Ragbi Antarabangsa New Zealand (IRANZ) membuka cawangan di Malaysia selain mewujudkan kerjasama antara juara dunia, All Blacks dari New Zealand dan KRM.
"Banyak perkara yang kita sedang usahakan selain daripada isu stadium dan kita akan terus usahakan bersama KRM supaya segala perancangan yang saya kemukakan ini akan menjadi kenyataan terutamanya kerjasama dengan IRANZ," jelas Khairy.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Kesatuan Ragbi Malaysia
#Khairy Jamaluddin
#Putrajaya
#Serdang
#stadium ragbi
#Universiti Putra Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan