awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafiq pamer aksi cemerlang, gondol emas

Astro Arena
Astro Arena
09/06/2015
10:00 MYT
Rafiq pamer aksi cemerlang, gondol emas
Pemain boling muda negara, Rafiq Ismail pamer permulaan cemerlang lakar kejutan gondol emas acara individu lelaki dalam Sukan Sea kali ke-28, Singapura. - Foto Astro Arena
Pemain boling muda negara, Rafiq Ismail pamer permulaan cemerlang lakar kejutan gondol emas acara individu lelaki dalam Sukan Sea kali ke-28, Singapura. Skuad boling memulakan cabaran dengan menyaksikan 6 pemain dipertaruhkan Malaysia pada acara individu lelaki. Antara pemain yang jadi tumpuan, Alex Liew, Adrian Ang dan Timmy Tan. Namun kelibat Rafiq yang tampil kemas dalam setiap balingan lebih mencuri tumpuan. Rafiq merekodkan 1308 jatuhan pin secara keseluruhan untuk memastikan emas jadi miliknya. Sementara wakil Thailand, Annop Arromsaranon terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, hanya dengan beza 3 jatuhan pin. Manakala pemain tuan rumah, Javier Tan pula sekadar di kedudukan gangsa.
Topic Berkaitan
#boling
#Rafiq Ismail
#Singapura
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan