OLE Gunnar Solskjaer memuji daya tumpuan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford selepas dua pemain itu membantu kebangkitan Manchester United ketika menewaskan West Ham 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
United memaparkan aksi kurang bersemangat dalam babak pertama dan ketinggalan 0-1 selepas Tomas Soucek menemui sasaran.
Donny ven de Beek dan Edinson Cavani -- Cavani kerana kecederaan otot -- kemudian dikeluarkan untuk digantikan dengan Fernandes dan Rashford.
Pemain tengah kebangsaan Portugal itu merupakan pencetus kepada jaringan penyamaan jarak jauh Paul Pogba dan mencipta lapan lagi peluang di atas padang manakala aksi penuh bertenaga Rashford turut berhasil memecahkan keampuhan pertahanan The Hammers.
Dia melakukan 12 pecutan dan lambungannya pada minit ke-78 membuahkan hasil untuk meletakkan United berkelebihan dua gol.
"Anda mempunyai tugas untuk bersedia apabila dipanggil. Bruno dan Marcus masuk dan melakukannya dengan baik," kata Solskjaer kepada BBC Sport.
"Dalam separuh masa pertama, kami mempunyai banyak penguasaan tetapi tidak dapat bergerak dengan bola.
"Dalam babak kedua, kami lebih banyak melebarkan permainan dan berlari di belakang mereka. Kualitinya jauh lebih baik dan gol-gol yang tercipta amat luar biasa," katanya.
Tidak dapat dinafikan kebangkitan United itu mula menjadi realiti apabila Mason Greenwood meletakkan mereka di depan hasil jaringan EPL pertamanya musim ini.
"Mason seorang penyudah yang hebat. Kami hanya menantikan musimnya untuk bermula.
"Dia semakin cergas. Jaringan pertamanya itu sama kualitinya seperti jaringan Pgoba.
"Konsentrasi, kepala dan lutut ke arah bola. Saya amat gembira buatnya," tambahnya.
Astro Arena
Sun Dec 06 2020
Marcus Rashford (kanan) meraikan bersama Bruno Fernandes selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika perlawanan EPL antara West Ham United dan Manchester United di Stadium London, London, England, 5 Dis, 2020. (Foto AP)
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada 'tongkat ajaib' di Manchester United - Ole Gunnar Solskjaer
Ini merupakan musim kedua yang menyedihkan bagi pengurus dari Norway, Ole Gunnar Solksjaer.
Bayern Munich mahukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti Thomas Tuchel?
Tuchel berada di bawah tekanan bersama The Bavarians selepas tiga kekalahan berturut-turut, di tangan Bayer Leverkusen, Lazio dan Bochum.
Manchester United silap langkah rekrut semula Cristiano Ronaldo, kata Solskjaer
Bekas pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui tersilap langkah mengenai pembelian semula kelab Cristiano Ronaldo.
Manchester United sah lantik Rangnick sebagai pengurus interim
Rangnick dijangka akan menguruskan pasukan itu sehingga penghujung musim ini sebelum beralih ke bahagian perundingan selama dua tahun.
Zidane tidak berminat sertai Man United
Keadaan semasa membuatkan United terdesak untuk kembali ke zaman kegemilangan mereka dengan pelantikan pengurus seterusnya.
Manchester United pasti bangkit, kata Solskjaer
Selepas hampir tiga tahun mengemudi juara 20 kali itu, Solskjaer akhirnya dipecat petang semalam berikutan tewas 1-4 kepada Watford.
Solskjaer akui ada yang tidak kena di Manchester United selepas diaib Watford
The Red Devils tewas 1-4 kepada Watford di Vicarage Road -- kemenangan pertama lawan itu di gelanggang sendiri sejak permulaan musim ini.
Solskjaer pimpin latihan United, dijangka kekal sebagai pengurus
Kekalahan 5-0 di laman sendiri kepada Liverpool Ahad lalu merupakan keputusan yang teruk buat Solskjaer.
Sejarah hitam Manchester United
Manchester United yang kemarau kemenangan dalam empat perlawanan terakhir ketika ini lapan mata di belakang pendahulu Chelsea.
Solskjaer akui buat beberapa keputusan buruk
Kekalahan itu menyaksikan rekod The Red Devils dalam 29 perlawanan tanpa kalah EPL berkecai.