awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rashford patut salahkan diri sendiri'- Rooney

Astro Arena
Astro Arena
18/10/2025
04:30 MYT
'Rashford patut salahkan diri sendiri'- Rooney
Rashford meninggalkan United pada musim panas lalu untuk menyertai Barcelona secara pinjaman semusim. - Stadium Astro
WAYNE ROONEY menganggap Marcus Rashford hanya perlu menalahkan diri sendiri selepas kariernya di Manchester United tenggelam.

Ringkasan AI
  • Marcus Rashford tinggalkan Manchester United untuk sertai Barcelona secara pinjaman semusim, dengan pilihan pembelian oleh kelab Sepanyol itu.
  • Rashford tidak mahu kembali ke United kerana konflik dengan pengurus Ruben Amorim dan pernah menyalahkan persekitaran kelab sebagai punca masalah.
  • Wayne Rooney menegaskan Rashford perlu salahkan diri sendiri, bukan persekitaran, kerana prestasi dan sikap pemain lebih menentukan kejayaan.

Rashford meninggalkan United pada musim panas lalu untuk menyertai Barcelona secara pinjaman semusim dan gergasi Sepanyol itu mempunyai pilihan untuk membelinya.
Rashford seronok dengan kehidupan di Barcelona dan tidak berhasrat untuk kembali ke United, apatah lagi penyerang England itu bertelagah dengan pengurus The Red Devils, Ruben Amorim.
Dia menyertai Aston Villa secara pinjaman untuk separuh musim lalu dan dilarang menyertai latihan pramusim skuad United pada musim panas lalu yang mendorongnya menempelak bahawa persekitaran yang tidak konsisten di United menjadinyanya puncanya berkelana.
Namun, bekas kapten England dan United, Rooney berpesan kepada Rashford agar harus melihat diri sendiri apabila menyuarakan punca keretakan hubungannya dengan Manchester United.
"Saya fikir persekitarannya tidak betul tetapi ia juga bergantung kepada diri sendiri," kata Rooney.
“Jika anda tidak bermain dengan baik atau anda tersisih daripada pasukan maka saya rasa lebih mudah untuk menyalahkan persekitaran, sama ada itu betul atau salah.
"Saya fikir itu datang daripada cara anda mengendalikan diri sendiri. Dalam perlawanan, kami telah melihat bahawa dia sepatutnya mampu berikan aksi yang lebih baik, kami tahu dia mampu banyak berlari -- ia tiada kaitan dengan persekitarannya.
"Saya mungkin tersilap di sini, saya sangat sukakan Marcus sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang insan, tetapi saya fikir alasannya terlalu remeh." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Wayne Rooney
#Marcus Rashfor
#Manchester United
#barcelona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan