awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasmi: Manchester United capai persetujuan prinsip tandatangan Benjamin Sesko

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
07/08/2025
21:00 MYT
Rasmi: Manchester United capai persetujuan prinsip tandatangan Benjamin Sesko
Šeško dilihat sebagai pelaburan jangka panjang oleh pengurus Ruben Amorim. Ketangkasan, kekuatan fizikal dan penyudah klinikal beliau menjadikan Sesko prospek yang sangat dinantikan penyokong United. Foto Astro AWANI
MANCHESTER United telah mencapai persetujuan prinsip dengan RB Leipzig untuk menandatangani penyerang sensasi Slovenia, Benjamin Šeško, dalam perpindahan yang dianggarkan bernilai €76.5 juta ditambah €8.5 juta sebagai tambahan berdasarkan prestasi.
Pemain berusia 22 tahun itu kini telah diberikan lampu hijau untuk terbang ke Manchester dan menjalani ujian perubatan sebelum melengkapkan perpindahan ke Old Trafford.
Perkembangan ini disahkan oleh dua nama paling dipercayai dalam dunia bola sepak David Ornstein dan Fabrizio Romano yang melaporkan bahawa perjanjian telah dimeterai antara kedua-dua kelab, dan perpindahan kini hanya menanti pengesahan perubatan serta dokumentasi akhir.
EXCLUSIVE: Manchester United strike agreement in principle with RB Leipzig to sign Benjamin Sesko. Deal for 22yo #RBLeipzig striker 76.5m + 8.5m. Slovenia international given permission to fly & do medical before completing #MUFC move @TheAthleticFC https://t.co/mM9R0ipHZn
— David Ornstein (@David_Ornstein) August 7, 2025
View this post on Instagram
A post shared by Fabrizio Romano (@fabriziorom)
Šeško dilihat sebagai pelaburan jangka panjang oleh pengurus baharu United, Rúben Amorim. Dengan ketangkasan, kekuatan fizikal, dan penyudah klinikal yang dimiliki, Šeško dianggap sebagai antara prospek paling menarik untuk menyarung jersi United dalam era baharu kelab.
Sekiranya segala proses berjalan lancar, pengumuman rasmi dijangka dalam beberapa hari akan datang, sekaligus menjadikan Šeško antara pembelian marquee terbesar dalam jendela perpindahan musim panas ini di Premier League.
Topic Berkaitan
#Benjamin Sesko
#Manchester United
#RB Leipzig
#jendela perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan