Real Madrid kekal kelab bola sepak terkaya buat tahun kesepuluh berturut-turut, menurut laporan yang dikeluarkan Deloitte, Football Money League.
Sementara itu, Manchester United melonjak dari tempat keempat untuk menduduki tangga kedua berdasarkan pendapatan musim 2013-2014.
Ia diikuti kelab Jerman, Bayern Munich, seteru utama Real, Barcelona dan Paris Saint-Germain dari Perancis.
Peningkatan hasil pendapatan menerusi nilai komersil dan penyiaran antara faktor lonjakkan United ke tempat kedua.
Walaupun berdepan musim yang tidak menentu, hasil pendapatan United meningkat kepada AS$599.4 juta pada musim 2013-2014 berbanding AS$424 juta musim sebelumnya, dengan hasil komersial meningkat 24% dan pendapatan hak penyiaran meningkat 34%.
Real Madrid yang menjuarai Liga Juara-juara Eropah buat kali kesepuluh musim lalu menyaksikan pulangan hasil sebanyak AS$639 juta.
Empat kelab England yang lain, Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Liverpool terus tersenarai dalam sepuluh kelab terkaya bagi musim 2013-2014.
Berikut senarai 10 kelab terkaya berdasarkan laporan Deloitte Football Money League.
1: Real Madrid: AS$639 juta
2: Man Utd: AS$602.3 juta
3: Bayern Munich: AS$566.8 juta
4: Barcelona: AS$563.5 juta
5: Paris Saint-Germain: AS$551.5 juta
6: Manchester City: AS$481.9 juta
7: Chelsea: AS$451.1 juta
8: Arsenal: AS$417.9 juta
9: Liverpool: AS$355.8 juta
10: Juventus: AS$325 juta
Ian Johan Ariff
Thu Jan 22 2015
Real Madrid kekal kelab bola sepak terkaya di dunia
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Malaysia terima lima kajian baharu "First-in-Human" -Dzulkefly
Malaysia telah menerima lima kajian baharu First-in-Human (FIH) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) sekali gus mencatatkan rekod tertinggi FIH yang pernah dicapai.
LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan
LBS Bina Group Berhad, syarikat terkemuka dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, berjaya merangkul Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2024 oleh Deloitte.
Deloitte Malaysia, MRT Corp tandatangani perjanjian hak penamaan stesen MRT
Deloitte Malaysia telah melancarkan stesen MRT Deloitte TTDI pada Selasa, menandakan integrasinya ke dalam rangkaian 29 stesen di sepanjang laluan MRT Kajang.
IPO Malaysia terus kumpul dana, tarik pelabur - Deloitte
IPO semakin berkembang pesat di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, menjadikan ia sebagai pilihan utama kepada pelabur.
Deloitte berhentikan 1,200 pekerja
Firma audit Deloitte dilaporkan bakal melakukan pengurangan pekerja melibatkan seramai 1,200 orang mewakili 1.5 peratus pekerjanya di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia harus fokus peningkatan modal insan - Deloitte
Dengan mengurangkan bilangan pekerja dan mengekalkan struktur birokrasi dan hierarki yang sama tidak akan menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang, kata Lee.
Landskap industri perbankan dan kewangan dijangka lebih menarik dengan kehadiran bank digital - Deloitte
Dengan lebih dari 29 permohonan bersaing untuk mendapatkan lesen dari bank pusat, ini menunjukkan minat yang jelas dari para peserta dan peluang pasaran.
Deloitte buat penyelesaian RM324 juta berkaitan 1MDB, SRC - Kementerian Kewangan
MoF berkata penyelesaian oleh Deloitte ini merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.
COVID-19 pacu pendigitalan dalam organisasi - Deloitte
Lebih satu pertiga respons menunjukkan organisasi mereka mengalami insiden penipuan dalam tempoh 12 bulan lepas, atau menjangkakan lebih banyak insiden penipuan dalam beberapa bulan akan datang.
1MDB: Polis serbu pejabat Deloitte
Serbuan bermula jam 10.45 pagi tadi, membabitkan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Deloitte dikenakan penalti RM2 juta oleh Suruhanjaya Sekuriti
Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengesahkan telah mengenakan penalti sebanyak RM 2 juta ke Deloitte PLT (Deloitte) atas 4 pelanggaran berkaitan dengan Program Sukuk Murabahah.