awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Real Madrid pesta gol di Bernabeu

Astro Arena
Astro Arena
11/02/2018
00:23 MYT
Real Madrid pesta gol di Bernabeu
Ronaldo meraih jaringan kedua peribadi tatkala permainan berbaki lapan minit menuju waktu rehat apabila menanduk masuk bola sepakan sudut Kroos. - Foto BERNAMA
REAL Madrid membuktikan diri mereka sudah bersedia untuk berdepan Paris Saint-Germain (PSG), minggu depan apabila membelasah Real Sociedad 5-2 dalam aksi LaLiga di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Setelah diikat 2-2 oleh Levante dalam aksi sebelum ini, skuad bimbingan mempamerkan kebangkitan seawal minit pertama apabila Lucas Vazquez menanduk masuk bola hantaran Cristiano Ronaldo untuk meletakkan Madrid di depan.
Karim Benzema hampir menggandakan kelebihan itu dua minit kemudian tetapi percubaannya sekadar mengenai tiang gol.
Ronaldo menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-27 setelah tenang menyudahkan umpanan bola leret Marcelo, sebelum Toni Kroos mencipta jaringan ketiga menerusi rembatan dari luar kotak penalti, tujuh minit kemudian.
Ronaldo meraih jaringan kedua peribadi tatkala permainan berbaki lapan minit menuju waktu rehat apabila menanduk masuk bola sepakan sudut Kroos, membolehkan Madrid selesa mendahului 4-0 menuju bilik persalinan.
Bersambung separuh masa kedua, Madrid yang berad di bawah bimbingan Zinedine Zidane membawa masuk Isco, Mateo Kocacic dan Gareth Bale.
Bagaimanapun, pelawat memperoleh jaringan pada minit ke-74 selepas Jon Bautista bijak melepasi perangkap ofsaid untuk menewaskan Keylor Navas.
Rembatan Bale enam minit kemudian gagal ditangkap kemas Geronimo Rulli, membenarkan Ronaldo melengkapkan hatrik pertamanya dalam saingan LaLiga musim ini dan walaupun Asier Illarramendi menyumbat gol kedua Sociedad pada minit ke-83, segalanya sudah terlambat untuk mengekang Los Blancos meraih kemenangan 5-2.
Madrid kini menduduki tangga ketiga liga dengan 42 mata, 10 mata ketinggalan Atletico Madrid dan dibezakan 16 mata dengan pendahulu, Barcelona.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#La Liga
#Paris Saint-Germain
#PSG
#Real Madrid
#Real Sociedad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan