Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau sangat menghargai sumbangan dan pengorbanan wartawan sukan di Malaysia yang bekerja keras melaporkan berita dan perkembangan sukan kepada umum.
"Saya sangat menghargai sumbangan besar wartawan sukan dalam bersama-sama membangunkan sukan negara melalui tulisan dan laporan mereka yang positif dan membina," katanya menerusi Facebook beliau pada Khamis, sempena sambutan Hari Wartawan Sukan Sedunia.
Reezal Merican juga mengucapkan selamat menyambut Hari Wartawan Sukan Sedunia kepada semua pengamal media sukan seluruh negara dan ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM).
Hari Wartawan Sukan Sedunia disambut pada setiap 2 Julai oleh wartawan sukan di seluruh dunia sempena memperingati tarikh penubuhan Persatuan Penulis Sukan Antarabangsa (AIPS) pada tahun 1924, yang kini disertai oleh lebih 156 negara termasuk Malaysia.
Sementara itu, Presiden SAM, Jasni Shafie berkata, penghargaan Reezal Merican membuktikan keprihatinannya kepada golongan wartawan sukan di negara ini, biarpun baharu sahaja diberikan tugas sebagai peneraju Kementerian Belia dan Sukan.
"Wartawan sukan di Malaysia berdepan dengan cabaran yang sangat besar, lebih-lebih lagi dengan tindakan pengecilan atau penutupan beberapa operasi media di negara kita yang menyaksikan sebahagian daripada rakan kita kehilangan pekerjaan tetap.
"Apapun, kita tetap berbangga dengan sumbangan yang telah kita curahkan dalam membantu pembangunan sukan negara selain memupuk semangat integrasi di antara kaum di Malaysia. Kepada kesemua peminat sukan dan masyarakat keseluruhannya, marilah sama-sama kita menghargai sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh wartawan sukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 02 2020
Reezal berkata beliau sangat menghargai sumbangan dan pengorbanan wartawan sukan di Malaysia. - Bernama
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
Empat sukan yang akan diberi tumpuan oleh KBS ialah angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia akan anjur pertandingan TVET - Hannah
KBS telah mengusulkannya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ia telah dipersetujui.
Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.
Kampung Long Latei, Kampung Long Suling dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI - KBS
Kementerian Belia dan Sukan memilih Kampung Long Latei dan Kampung Long Suling di Miri, Sarawak sebagai Kampung Angkat MADANI.