HANGZHOU: Skuad sepak takraw negara mempunyai satu lagi peluang untuk menebus maruah dan menghadiahkan pingat emas di Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila mengesahkan tempat di final acara antara regu lelaki selepas menundukkan Filipina 2-0 pada aksi separuh akhir, hari ini.
Pada pertembungan di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua itu, Malaysia yang menurunkan regu Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi tidak berdepan masalah mengatasi trio Rheyjey Ortouste, Jason Huerte dan Ronsited Gabayeron 21-15, 21-11.
Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu yang merupakan juara bertahan akan membuat perhitungan menentang Thailand yang sebelum ini menewaskan mereka di pentas final acara regu berpasukan lelaki minggu lepas.
Thailand mara ke final selepas mudah menjinakkan Vietnam 21-5, 21-7 dalam tempoh 25 minit pada satu lagi aksi separuh akhir.
Pengurus skuad sepak takraw negara, Sarifudin Mohd Salleh, berharap barisan pemain negara tidak mengulangi kesilapan sama sewaktu di final berdepan Thailand sebelum ini.
"Saya berharap mereka dapat bermain dengan yakin dan konsisten untuk menghasilkan permainan yang sempurna supaya dapat memberi tekanan kepada Thailand," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan optimis regu negara mampu mengalahkan Thailand.
"Kita pernah ada sejarah menang. Sekiranya semua pemain dapat bermain dengan prestasi yang terbaik dan mengurangkan kesilapan serta berada di tahap semangat juang yang tinggi, tidak mustahil kita akan mengalahkan Thailand," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Untuk rekod, Malaysia merangkul pingat emas antara regu lelaki pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia yang menyaksikan Thailand tidak menghantar penyertaan dalam acara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu akan membuat perhitungan menentang Thailand yang sebelum ini menewaskan mereka di pentas final acara regu berpasukan lelaki minggu lepas. - Gambar hiasan
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.
Piala Dunia 2024: ISTAF jamin mutu pengadilan terbaik
ISTAF mengenal pasti 20 hingga 30 pengadil bertauliah dari Malaysia untuk kejohanan yang menawarkan ranking dunia buat julung kalinya.
KBS salur lebih banyak bantuan, sokongan majukan sukan sepak takraw
Antaranya meliputi program pembangunan bakat baharu sukan sepak takraw yang merupakan asas bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu.
Kemarau 39 tahun berakhir, Melaka akhirnya juara Piala Emas Khir Johari 2024
Melaka muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2024 selepas menewaskan Pulau Pinang 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.
Sepak Takraw: ISTAF terima cadangan PSM
Cadangan PSM itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang berlangsung pada 8 Dis lepas.
PSM rancang perkenal Program Pembangunan Sepak Takraw Negara
NSDP akan tampil dengan pendekatan lebih menyeluruh dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Pendidikan (KPM).
Malaysia anjur Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Kejohanan itu yang kali terakhir dianjurkan Malaysia pada 2011, akan melibatkan penyertaan dari 20 negara.
Regu negara berdepan tugas getir pertahan emas
Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu yang merupakan juara bertahan akan membuat perhitungan menentang Thailand.
Sukan Asia: Regu negara mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan
Skuad sepak takraw kebangsaan tidak berdepan masalah melangkah ke peringkat separuh akhir acara antara regu lelaki dengan bergaya pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.
Thailand ujian sebenar Malaysia
Pasukan bimbingan Ahmad Jais Baharun tekad melakar kejutan ke atas musuh tradisi itu menerusi strategi ampuh yang dirangka bersama pemain.