Bernama
Mon Dec 03 2012
Acara renang dan terjun menjadi sandaran utama Malaysia meraih pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-16 di Laos yang akan berlangsung selama sembilan hari, bermula 12 Dis ini.
Ketua kontinjen Malaysia ke AUG, Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata selain dua acara berkenaan, olahraga dan memanah juga diharap dapat menyumbang pingat emas kepada negara pada temasya tersebut.
"Kita menyasarkan meraih 36 pingat emas pada edisi kali ini," katanya di sini.
Yahaya berkata bagi acara renang, Malaysia yakin dapat meraih sekurang-kurangnya 11 pingat emas dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita.
Pada AUG 2012, Malaysia menyenaraikan perenang kebangsaan iaitu Kevin Yeap dan Chui Lai Kwan dalam acara renang yang menawarkan 40 pingat emas iaitu masing-masing 20 acara bagi lelaki dan wanita.
Selain itu, ratu terjun negara dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London, Pandelela Rinong Pamg dan Bryan Nickson Lomas turut beraksi pada AUG dalam acara terjun, selain Fatin Nur Fatihah Mat Salleh bagi acara memanah.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Kontinjen Malaysia ke AUG, Nur Ekmal Buhary berkata dengan menyenarai beberapa atlet kebangsaan, kontinjen negara optimis untuk mencapai sasaran tersebut.
Beliau berkata kontinjen negara akan berkampung di Universiti Putra Malaysia (UPM) mulai esok untuk latihan pusat fasa akhir sebelum berlepas ke Laos secara berperingkat, mulai 7 Dis.
Pada AUG 2010 di Chiang Mai, Thailand, kontinjen Malaysia menduduki tempat ketiga selepas meraih 37 pingat emas, 36 perak dan 44 gangsa.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Renang: Remaja 14 tahun pecah rekod Para SUKMA
Asyiil Raziin Razman berjaya memecahkan rekod temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 pada usia 14 tahun, hari ini.
SUKMA 2024: Andrew dominasi kolam renang dengan lima emas, tiga rekod kebangsaan
Atlet Selangor Andrew Goh mengakhiri aksi renang Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan cemerlang meraih lima pingat emas selain memperbaharui tiga rekod kebangsaan dan lima rekod temasya.
Olimpik Paris 2024: Leon Marchand tambah dua lagi emas
Leon Marchand dari Perancis merangkul dua pingat emas untuk menjadi juara Olimpik berganda dalam satu sesi pada Rabu.
AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling
Pingat emas itu hadir menerusi Low Zheng Yong yang menampilkan renangan bertenaga dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
Dua emas Jayden pastikan dominasi Kuala Lumpur berterusan di Terbuka Malaysia
Jayden meraih emas peribadi pertama apabila mengungguli final acara 400m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa tiga minit 55.52 saat.
Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.
Sukan SEA Kemboja: Khiew Hoe Yean butir pingat emas pertama skuad renang negara
Khiew Hoe Yean membutirkan pingat emas pertama skuad renang negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mengungguli acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Morodok Techo, Phnom Penh.
Sukan SEA: Jinq En sumbang pingat tunggal pada hari pertama acara renang
Jinq En menamatkan saingan acara 50 meter (m) kuak dada wanita di tempat ketiga dengan catatan masa 31.94 saat.
Renang: Andrew pecah rekod kebangsaan, tempah tiket Kejohanan Dunia Akuatik 2023
Andrew Goh Zheng Yen mencipta sensasi apabila berjaya memecah rekod kebangsaan acara 50 meter (m) kuak dada lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 di Pusat Akuatik Nasional.