awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanjawan setahun dijamin, gesa penubuhan tabung pembinaan semula - Ketua pentadbiran Gaza
Keadaan kembali tenang selepas seminggu kekacauan - Ketua Polis Iran
China, Kanada perbaharui perjanjian pertukaran mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Riyadh jadi tuan rumah Piala Dunia Esports kedua dengan hadiah AS$70 juta

Bernama
Bernama
07/07/2025
06:15 MYT
Riyadh jadi tuan rumah Piala Dunia Esports kedua dengan hadiah AS$70 juta
Para pemain bersaing untuk merebut jumlah hadiah melebihi AS$70 juta, menjadikannya hadiah terbesar dalam sejarah esports. - Foto Reuters
RIYADH: Edisi kedua Piala Dunia Esports akan bermula pada Isnin di Riyadh, menghimpunkan lebih 2,000 pemain profesional mewakili 200 kelab dari lebih 100 negara, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Ringkasan AI
  • Lebih 2,000 pemain profesional dari 200 kelab dan 100 negara akan bersaing dalam edisi kedua Piala Dunia Esports di Riyadh dari 8 Julai hingga 24 Ogos 2025.
  • Jumlah hadiah melebihi AS$70 juta menjadikan kejohanan ini yang terbesar dalam sejarah esports, dengan 25 kejohanan merangkumi 24 permainan popular seperti Dota 2, VALORANT, MLBB dan Catur.
  • Melalui Program Rakan Kelab EWCF 2025, kejohanan ini menyokong pertumbuhan mampan kelab, pembangunan bakat dan pengembangan peminat di peringkat antarabangsa.

Pertandingan akan berlangsung sehingga 24 Ogos dengan para pemain bersaing untuk merebut jumlah hadiah melebihi AS$70 juta, menjadikannya hadiah terbesar dalam sejarah esports.
Kejohanan tahun ini akan diadakan di Boulevard Riyadh City yang meliputi kawasan lebih 50,000 meter persegi.
Ia menampilkan 25 kejohanan merangkumi 24 permainan, termasuk League of Legends, Dota 2, PUBG Mobile, PUBG Battlegrounds, Counter-Strike 2, Call of Duty: Black Ops 6, Call of Duty: Warzone, CrossFire: Mercenary Forces Corporation, Fortnite, Mobile Legends: Bang Bang, Honor of Kings dan Rainbow Six Siege X.
Turut dipertandingkan ialah Street Fighter 6, Rocket League, Fatal Fury: City of the Wolves, Free Fire, Overwatch 2, EA Sports FC 25, Rennsport, StarCraft II, Teamfight Tactics, Tekken 8, VALORANT, Catur dan Apex Legends.
Piala Dunia Esports merupakan acara terbesar dalam sejarah industri permainan dan esports. Ia memainkan peranan penting dalam memperkasa pemain dan kelab melalui Program Rakan Kelab EWCF 2025 yang bertujuan memupuk pertumbuhan mampan bagi pasukan yang menyertai, membangunkan bakat serta mengembangkan pengkalan peminat mereka di peringkat global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Esports
#Riyadh
#e-sukan
#hadiah tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan