Juara bertahan, Roger Federer mengekal rentak cemerlang ke suku akhir dengan mengatasi Marcel Granollers.

Sebelum saingan bermula pengunjung dihiburkan dengan penampilan istimewa lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona.

Ia kemudian disusuli dengan pertemuan Federer dengan Granollers.

Menguasai set pertama, bintang Switzerland itu mencipta kemenangan selesa 6-3 di set pertama.

Federer kemudian meneruskan aksi bertenaga untuk mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 6-4 di set kedua.

Seterusnya, Djokovic turun berdepan lawan dari Sepanyol, Roberto Baustista.

Menang mudah 6-1 satu di set pertama, Djokovic dicabar hebat di set kedua.

Namun kelebihan pengalaman membantu pilihan utama ini menang 7-6 menerusi "tie break".