Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo mencipta rekod peribadi apabila dinobatkan penerima anugerah Kasut Emas (Golden Boot) Liga Eropah buat kali keempat dalam kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Dengan 48 gol jaringannya sepanjang musim 2014/2015, Ronaldo menewaskan pencabarnya, Lionel Messi (43 gol) dan Sergio Aguero (26 gol).

Sekaligus Ronaldo menjadi satu-satunya pemain dalam Liga Eropah yang menerima anugerah itu sebanyak empat kali.



Bukan sekadar itu, pemain berusia 30 tahun itu juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Real Madrid sepanjang zaman dengan 324 gol, mengatasi rekod 323 gol yang dicatatkan Raul Gonzalez sebelum ini.

Ronaldo menerusi laman Facebooknya berkata, pengiktirafan itu merupakan antara saat paling istimewa dalam kariernya. Beliau mengucapkan terima kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima daripada semua pihak, selain berazam untuk mencatat lebih banyak rekod dan kemenangan.

What a special moment in my professional life! Winning four Golden Boots it’s a privilege for me and I’ll keep...

Posted by Cristiano Ronaldo on

Sebelum ini, Ronaldo telah memenangi Kasut Emas pada 2008 ketika bersama Manchester United, dan seterusnya pada 2011 dan 2014 bersama Real Madrid.