awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo dalam kelas tersendiri, sumbat hatrik kedua

Astro Arena
Astro Arena
25/02/2023
23:30 MYT
Ronaldo dalam kelas tersendiri, sumbat hatrik kedua
Bermain untuk Al Nassr menentang Damak semalam, Ronaldo menyumbat gol pertama menerusi penalti pada minit ke-18, menampan masuk bola menggunakan kaki kiri lima minit kemudian dan melengkapkan hatriknya pada minit ke-44. - Foto Astro ARENA
CRISTIANO Ronaldo meledak hatrik kedua dalam tiga perlawanan aksi Liga Pro Saudi ketika membantu Al Nassr menang 3-0 ke atas Damak semalam.
Bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United itu mendapat hatrik pada separuh masa, susulan jaringan empat golnya dua minggu lalu ketika menentang Al Wehda.
Ronaldo menyumbat gol pertama menentang Damak menerusi penalti pada minit ke-18, dihadiahkan selepas bola terkena tangan Farouk Chafai, sementara gol kedua terhasil apabila dia menampan masuk bola menggunakan kaki kiri lima minit kemudian.
Hatriknya dilengkapkan pada minit ke-44 selepas Al Nassr melakukan serangan balas, Abdulrahman Ghareeb bijak melakukan gerakan mencari Ayman Yahya.
Yahya berpeluang untuk menghasilkan jaringan namun memilih untuk melepaskan bola kepada Ronaldo yang berusia 38 tahun untuk membolosi gawang.
Ronaldo menjaringkan 44 hatrik dalam karier legendanya di Madrid, menjadi penjaring terbanyak gergasi Sepanyol itu, manakala dia juga menjaringkan tiga gol dalam dua musim bersama United, dan menambah tiga hatrik semasa berkhidmat selama tiga tahun di Juventus.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#damak
#Liga Pro Saudi
#Al Nassr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan