awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Wanita Palestin hadapi penderaan di penjara Israel - Pejabat media
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo dijangka kekal bersama Juventus - Cherubini

Astro Arena
Astro Arena
02/07/2021
02:24 MYT
Ronaldo dijangka kekal bersama Juventus - Cherubini
Bercakap kepada media pada Khamis, Cherubini menolak laporan baru-baru ini bahawa Ronaldo (gambar) ingin berhijrah. - Gambar fail
CRISTIANO Ronaldo belum memberi isyarat bahawa dia ingin meninggalkan Juventus dan bakal bergabung bersama rakan sepasukannya untuk latihan pra-musim, menurut pengarah bola sepak, Federico Cherubini.
Pemain kebangsaan Portugal, Ronaldo, memasuki tahun terakhir kontrak empat tahun yang ditandatangani selepas berhijrah dari Real Madrid.
Pemain berusia 36 tahun itu telah dilaporkan bakal meninggalkan Turin menjelang musim baru, dengan bekas kelab, Manchester United dan Real Madrid antara yang dikaitkan, bersama-sama dengan Paris Saint-Germain (PSG).
Spekulasi mengenai masa depan Ronaldo diperbincangkan, dengan Massimiliano Allegri kembali sebagai ketua jurulatih dan Cherubini menggantikan Fabio Paratici, sementara Maurizio Arrivabene dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru.
Namun, ketika berbicara dalam sidang media semalam untuk menandakan pelantikannya secara rasmi, Cherubini menolak laporan baru-baru ini bahawa Ronaldo ingin berhijrah.
"Tidak ada isyarat daripada Ronaldo," katanya. "Terutama [mengenai] desas-desus bahawa dia mahu berpindah. Tidak ada petanda dari Juventus dalam hal ini.
"Musim lalu dia menjaringkan 36 gol dalam 44 pertandingan. Angka tidak selalu mengatakan semuanya tetapi menyembunyikan banyak kebenaran.
"Kami gembira Ronaldo akan menyertai pasukan sebaik sahaja dia selesai bercuti."
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Federico Cherubini
#bola sepak
#Portugal
#Paris Saint-Germain
#PSG
#ketua jurulatih
#Fabio Paratici
#Juventus
#hijrah
#perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan