awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo ketuai kebangkitan luar biasa Manchester United

Sinar Harian
Sinar Harian
20/10/2021
23:58 MYT
Ronaldo ketuai kebangkitan luar biasa Manchester United
Ronaldo mempamerkan senyuman ketika perlawanan Liga Juara-Juara antara Manchester United dan Atalanta di Old Trafford, Manchester, England, 20 Okt, 2021. (Foto AP)
CRISTIANO Ronaldo membuktikan dia masih berbisa apabila mengetuai kebangkitan luar biasa Manchester United ketika menewaskan Atalanta 3-2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Old Trafford, awal pagi Khamis.
Aksi Kumpulan F itu, anak buah Gian Piero Gasperini terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Mario Pašalić (15') sebelum Merih Demiral (28') meletakan I Nerazzurri selesa mendahului di separuh masa pertama.
Namun The Red Devils kendalian Ole Gunnar Solskjær yang tidak mengalah kembali menyamakan kedudukan menerusi Marcus Rashford (53') diikuti Harry Maguire (75') untuk kedudukan 2-2.
Ketika kedua-dua kelab seolah-olah bakal membawa pulang satu mata, Ronaldo muncul wira kelab Inggeris tersebut apabila meledak gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-81.
Keputusan itu menyaksikan Manchester United memimpin kumpulan dengan enam mata, diekori rapat Atalanta di tempat kedua dengan empat mata, selepas masing-masing mengharungi tiga perlawanan.
Mengulas mengenai prestasi Ronaldo, Solskjaer berkata, bekas penyerang Juventus itu sememangnya tajam di depan pintu gol.
"Sekiranya terdapat pihak yang mahu mengkritik Ronaldo berkenaan sikap dan komitmennya, lihat sahajalah aksinya di perlawanan ini," ujar Solskjaer.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Cristiano Ronaldo
#Liga Juara-Juara
#Atalanta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan