awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo lamar teman wanita cantik dengan cincin Cartier jutaan ringgit?

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2018
02:58 MYT
Ronaldo lamar teman wanita cantik dengan cincin Cartier jutaan ringgit?
Pasangan popular itu telah hidup bersama di Itali dan memiliki anak perempuan berusia satu tahun, Alana Martina.
CRISTIANO Ronaldo dilaporkan telah melamar teman wanitanya, Georgina Rodriguez untuk dijadikan suri hatinya. Wanita jelita dari Sepanyol itu telah berkata 'ya' kepada Ronaldo dan mula mencuba beberapa busana pengantin, dakwa akhbar terlaris Portugal, Correio da Manha. Pasangan itu dirakam memakai cincin Cartier baharu ketika majlis makan malam romantik di London baru-baru ini. Correio da Manha memetik seorang sumber sebagai berkata, Cristiano telah meminta Gio untuk mengahwininya. "Cristiano telah meminta Gio (Georgina) untuk mengahwininya dan perkahwinan itu akan berlaku, cuma hanya beberapa orang sahaja yang tahu mengenai butirannya," katanya. Georgina bertemu Ronaldo pada Jun 2016 di butik Gucci, tempat dia bekerja di pusat bandar Madrid ketika bintang Portugal itu sedang membeli-belah pakaian musim panas.
View this post on Instagram
About last night! Amazing dinner at @zelalondon! ❤️
Khabar angin tentang pertunangan mereka hangat diperkatakan semasa Piala Dunia apabila Georgina dilihat menyarungkan cincin berlian bernilai 615,000 pound sterling (RM3.3 juta). Pasangan popular itu telah hidup bersama di Itali dan memiliki anak perempuan berusia satu tahun, Alana Martina. Selain itu, Georgina turut membantu pemain itu membesarkan tiga lagi anaknya. Awal tahun ini, ibu Ronaldo memberitahu bahawa Georgina ialah bakal menantunya. "Dia adalah ibu kepada cucu perempuan saya. Dia ialah calon menantu, tapi dia belum menjadi menantu saya. Dia seorang yang sangat tenang," katanya.
Topic Berkaitan
#anak
#calon
#Cristiano Ronaldo
#Georgina Rodriguez
#Instagram
#perkahwinan
#Piala Dunia
#Portugal
#sepanyol
#teman wanita
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan