TONGGAK Manchester United, Cristiano Ronaldo memberi amaran kepada rakan sepasukan The Red Devils betapa perlu dalam kalangan mereka menyesuaikan diri dan menambah baik mutu permainan segera, selepas pemain Portugal itu sekali lagi muncul wira menyelamatkan maruah kelab gergasi Inggeris ketika bertandang menentang Atalanta Bergamasca Calcio, dalam saingan Liga Juara-Juara di Bergamo.
Menurut bekas pemain Sporting Lisbon, Real Madrid dan Juventus itu, pemain-pemain The Red Devils mesti lebih baik untuk bersaing merebut kejuaraan berprestij kelab bola sepak benua Eropah tersebut.
"Sejujurnya ia adalah perlawanan yang sukar. Saya tahu bahawa apabila kami menentang Atalanta Bergamasca Calcio ia sukar dan kami percaya sehingga ke minit akhir, saya akan membantu pasukan mendapatkan tiga mata dan saya sangat gembira. Kami tidak pernah berputus asa dan percaya sehingga ke penghujungnya. Saya percaya ia keputusan yang baik untuk kami.
"Permulaan adalah sukar, Atalanta Bergamasca Calcio mempunyai jurulatih yang hebat dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan apabila berdepan lawan seperti Manchester United. Malah saya tahu semasa bermain di Juventus. Kami melakukan tugas dengan baik. Kami bernasib baik kerana saya menjaringkan gol tetapi itulah bola sepak.
"Kami masih perlu meningkat. Kami mempunyai pemain-pemain yang berbeza dan sistem yang berbeza. Kami perlu menyesuaikan diri tetapi ia akan mengambil masa. Kami mempunyai masa untuk memperbaiki," ujar Ronaldo.
Pada perlawanan berintensiti tinggi peringkat kumpulan D di Atleti Azzurri d'Italia itu Atalanta Bergamasca Calcio dan Manchester United yang telah mempamerkan kekuatan masing-masing sepanjang 90 minit lebih akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.
Atalanta Bergamasca Calcio kendalian Gian Piero Gasperini terlebih dulu di depan hasil jaringan Josip Iličić minit ke-12 selepas menyudahkan hantaran daripada Duván Zapata.
Bagaimanapun Ronaldo menyamakan kedudukan 1-1 di masa kecederaan pada minit ke-46 babak pertama setelah menyempurnakan hantaran Mason Greenwood.
Bersambung babak kedua, The Nerazzurri, sekali lagi di depan Zapata pada minit ke-56 setelah menyempurnakan hantaran cantik José Luis Palomino.
Atalanta Bergamasca Calcio yang selesa dengan kedudukan itu mengurangkan tekanan permainan sehinggalah Ronaldo sekali lagi mempamerkan kematangan apabila meledak jaringan pada minit ke-91, untuk mengikat perlawanan 2-2.
Keputusan seri di Bergamo menyaksikan anak buah Ole Gunnar Solskjaer masih mengekal kedudukan pendahulu dengan tujuh mata diikuti Villarreal kedua (tujuh mata, Atalanta Bergamasca Calcio ketiga (lima mata) dan Young Boys (tiga mata) selepas masing-masing mengharungi empat perlawanan.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 03 2021
Cristiano Ronaldo (kiri) dan pemain Atalanta Merih Demiral berebut bola ketika perlawanan Liga Juara-Juara kumpulan F antara Atalanta dan Manchester United, di Stadio di Bergamo, Bergamo, Itali, 2 Nov, 2021. (Foto AP)
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Ronaldo nafi beraksi di Liga Pro Saudi kerana wang
Ronaldo menjelaskan bahawa perpindahannya ke Liga Pro Saudi bukan kerana wang, sebaliknya kerana minatnya yang tinggi terhadap bola sepak.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr
Selepas tiga perlawanan, ketiga-tiganya masih belum kalah - Al-Hilal dan Al-Ahli menduduki dua tempat teratas; Al-Nassr pula di tangga keempat.
Liga Pro Saudi: Penalti Cristiano Ronaldo selamatkan maruah Al-Nassr
Jaringan Ronaldo, pada minit ke-97 memberi kemenangan 2-1 dalam perlawanan dramatik ketika menentang pasukan tuan rumah, Al-Shabab, awal pagi tadi.