awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo terbaik tapi tidak boleh menang semua seorang diri - Fernandes

Astro Arena
Astro Arena
12/03/2021
03:08 MYT
Ronaldo terbaik tapi tidak boleh menang semua seorang diri - Fernandes
Cristiano Ronaldo kelihatan kecewa selepas Sergio Oliveira menjaringkan gol kedua dalam perlawanan aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-juara antara Juventus dan FC Porto di Stadium Allianz, Turin, Itali, 9 Mac, 2021. - Gambar fail REUTERS
CRISTIANO Ronaldo adalah salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dan tidak boleh disalahkan kerana Juventus tersingkir awal saingan Liga Juara-Juara, menurut rakan sepasukan antarabangsa, Bruno Fernandes.
Juve tersingkir daripada pertandingan kelab elit Eropah oleh Porto dalam pusingan 16 Rabu lalu, tewas secara agregat 4-4 setelah melewati masa tambahan di Stadium Allianz.
Sergio Oliveira menjaringkan gol penting menerusi sepakan percuma.
Bekas pengendali Bianconeri, Fabio Capello, menyatakan Ronaldo merupakan punca di sebalik kekalahan dua perlawanan tersebut, di mana pemenang Ballon d'Or lima kali itu gagal menjaringkan gol.
Bekas presiden, Giovanni Cobolli Gigli , turut mencadangkan Juve tidak seharusnya berbelanja sebanyak EURO100 juta untuk menandatangani penyerang pada 2018, sementara Fernandes mempertahankan rakan senegaranya itu.
2004/05 - For the first season since 2004/05 both Cristiano #Ronaldo and Lionel #Messi havent reached the Champions League Quarter-Finals. Kingdom.#UCL #ChampionsLeague pic.twitter.com/7jd9GY1oes
— OptaPaolo (@OptaPaolo) March 10, 2021
"Cristiano adalah salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Mentalitinya memberi inspirasi kepada mereka yang bermain bola sepak," kata Fernandes kepada La Gazzetta dello Sport.
"Dia telah banyak menang, tetapi tidak ada yang boleh menang dengan sendiri.
"Saya faham bahawa kehadirannya di Juve telah menimbulkan harapan yang besar untuk memenangi Liga Juara-Juara, tetapi apabila satu pasukan kalah, seluruh pasukan kalah, bukan satu pemain.
"Saya tidak terkejut [dengan hasilnya]. Porto mempunyai mentaliti yang menang. Mereka bermain bola sepak yang agresif dan saya menjangkakan mereka akan menimbulkan masalah untuk Juventus."
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Lionel Messi
#bola sepak
#Twitter
#Juventus
#pemain terbaik
#Liga Juara-Juara
#Bruno Fernandes
#Sergio Oliveira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan