JOSE Mourinho menyifatkan Wayne Rooney sebagai seorang legenda di Old Trafford selepas pemain itu melakar rekod selaku penjaring terbanyak buat Manchester United apabila menyumbang gol penyamaan berdepan Stoke City.
Pemain berusia 31 tahun itu meledak gol ke-250 buat United menerusi sepakan percuma empat minit sebelum perlawanan berakhir -- satu gol melebihi Bobby Charlton.
Pencapaian itu mendapat pujian Mourinho yang melabelkan pemain itu kini telah menempatkan namanya di kalangan legenda di kelab itu.
"Ia bukan sekadar rekod biasa," Mourinho memberithau Sky Sports selepas tamat perlawanan. "Ia adalah rekod yang dilakar di sebuah kelab terbesar di England dan antara yang terbesar di dunia.
"Sebelum Rooney, rekod itu dipegang seorang legenda bola sepak di England. Kini Rooney pula melakar namanya selaku legenda Manchester United."
Sementara itu, pengendali Stoke City dan bekas pemain Manchester United, Mark Hughes percaya Rooney kini dalam perjalanan melakar rekod yang tidak akan mampu diatasi sesiapa pun.
"Rekod itu cukup menakjubkan dan saya pasti tidak akan dapat dipecahkan," dia memberitahu BBC Sport.
"Ia telah mengambil masa lebih 40 tahun untuk rekod Sir Bobby dipecahkan sekaligus membuktikan catatan itu amat sukar untuk dipecah."
Astro Arena
Sun Jan 22 2017

Pencapaian Rooney mendapat pujian Mourinho yang melabelkan pemain itu kini telah menempatkan namanya di kalangan legenda di kelab itu. - Reuters

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.

Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu
Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris, menurut pengumuman kelab itu pada Jumaat.

United perlu bayar pampasan RM90.5 juta kepada Ten Hag
Ten Hag mempunyai baki 21 bulan dalam kontrak lanjutan United dan telah dilaporkan beliau memperoleh 9 juta pound (RM50 juta) setahun.

Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro
Perlawanan pembukaan Euro 2024 menyaksikan tuan rumah, Jerman berdepan Scotland dalam saingan Kumpulan A.

Mourinho mahukan pemain buangan Chelsea di Fenerbache
Jose Mourinho mahu menandatangani legenda Chelsea, Romelu Lukaku sejurus diumum bergelar pengurus kelab Turkiye, Fenerbahce.

Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.

Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp.

Mourinho belajar bahasa Jerman
Jose Mourinho dilaporkan tertarik untuk melatih Bayern Munich.

Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan.

UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan
Jurulatih Roma, Jose Mourinho telah dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh UEFA kerana kelakuannya pada perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu.