awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rooney tenang dilabel dengki oleh Ronaldo

Astro Arena
Astro Arena
08/04/2022
06:46 MYT
Rooney tenang dilabel dengki oleh Ronaldo
Ronaldo pasti berhasrat untuk membuktikan kejagoannya apabila United bertandang ke Everton dalam saingan EPL malam esok. - Gambar fail
WAYNE Rooney menegaskan Lionel Messi satu-satunya pemain yang tidak mencemburui Cristiano Ronaldo ketika membalas kecaman bekas rakan sepasukannya itu selepas dia mengkritik kepulangan penyerang tersebut ke Manchester United.
Ketua pasukan Portugal itu telah menyumbangkan 18 gol dalam 33 perlawanan sejak dibeli daripada Juventus dengan purata jaringan setiap 148 minit tetapi gagal menyekat United daripada tersingkir dalam sebarang perebutan piala selain tergelincir ke tempat ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ia menimbulkan persoalan mengenai tindak tanduk Ralf Rangnick selain pengaruhnya dalam menentukan pengurus tetap yang seterusnya buat The Red Devils hingga masa depan Ronaldo dan Paul Pogba menjadi tergantung.
Rooney, yang muncul dalam Sky Sports' Monday Night Football, mencadangkan Pogba harus berpindah dan bersetuju dengan pandangan rakan pemerhati, Jamie Carragher, bahawa kepulangan Ronaldo adalah mengecewakan.
"Ketika ini anda perlu berkata tidak," katanya ketika ditanya adakah perpindahan Ronaldo boleh dianggap berhasil.
The message is clear from @Cristiano #MUFC https://t.co/EIjqXCWN7q pic.twitter.com/kj8S8UsyYo
— Manchester United (@ManUtd) April 6, 2022
"Dia merupkan ancaman di depan pintu gol tetapi untuk keseluruhan permainannya, saya rasa mereka perlu berusaha lagi. Saya fikir mereka memerlukan seorang pemain muda yang dahagakan."
Rooney kemudiannya menyiarkan gambarnya dalam program itu di Instagram dan Ronaldo mengambil kesempatan tersebut dengan meninggalkan mesej "dua orang yang iri hati" kepada pengurus Derby County berkenaan.
Tetapi pemain legenda United itu yang pernah bergandingan di samping Ronaldo di kelab tersebut memberi reaksi tenang terhadap tindak balas sinis bekas rakan sepasukannya berkenaan sambil menganggap bekas pemain Real Madrid itu sebenarnya menjadi pujaan ramai pemain.
"Dengan (perjalanan) karier yang dinikmatinya, trofi yang dimenanginya, wang yang diperolehinya ... otot enam ketulnya! Setiap pemain yang di bawah taraf Lionel Messi mencemburui Cristiano."
Ronaldo pasti berhasrat untuk membuktikan kejagoannya apabila United bertandang ke Everton dalam saingan EPL malam esok.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro ARENA
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Wayne Rooney
#Lionel Messi
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan