awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Royal Rumble penyokong cemari aksi Perak, Selangor di Ipoh

Sinar Harian
Sinar Harian
20/05/2023
23:31 MYT
Royal Rumble penyokong cemari aksi Perak, Selangor di Ipoh
Insiden Royal Rumble tumbuk menumbuk penyokong-penyerang kedua-dua pasukan itu berjaya dileraikan anggota pasukan keselamatan. - Foto Sinar Harian
PERLAWANAN tumpuan Liga Super minggu ini terarah kepada pertemuan derbi 'El Classico Malaya' menemukan Perak FC menentang Selangor FC di Stadium Perak, pada Sabtu.
Perlawanan ini diibaratkan langit dan bumi antara The Bos Gaurus menentang The Red Giants, yang berakhir dengan kemenangan bergaya 4-0 berpihak pasukan pelawat.
Anak buah Tan Cheng Hoe terlebih dulu selesa memimpin separuh masa pertama 2-0 hasil daripada gol dijelmakan menerusi sepakan percuma Ayron del Valle pada minit ke-41 diikuti jaringan Faisal Abdul Halim minit ke-46.
Separuh masa kedua, anak buah Datuk Lim Teong Kim terus diasak pelawat yang menggandakan jaringan menerusi Mukhairi Ajmal pada minit ke-51 yang merupakan jaringan gol pertamanya dalam liga musim ini.
Selangor meneruskan tekanan ke atas tuan rumah apabila Ayron del Valle menambah gol kedua peribadi selepas menyudahkan hantaran lintang Nor Hakim Hassan minit ke-70 untuk gol keempat pasukannya.
Kemenangan Selangor menyaksikan Red Giants mengubati kekalahan 1-2 kepada Sabah FC di Stadium Likas dalam aksi terakhir.
Sementara itu, Perak gagal meneruskan momentum positif selepas menjinakkan Kelantan FC 3-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebelum ini.
Bagaimanapun, 'El Classico Malaya' kali ini dicemari insiden Royal Rumble segelintir penyokong Bos Gaurus dengan Reds Giants ketika perlawanan separuh masa pertama.
Panass!@ASTROARENA pic.twitter.com/7g3gXPLRi6
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 20, 2023
Insiden itu sempat dirakam wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang berada di tempat duduk penyokong apabila kelihatan sekumpulan penyokong tuan rumah menyerbu ke arah tempat duduk penyokong pasukan pelawat.
Insiden Royal Rumble tumbuk menumbuk penyokong-penyerang kedua-dua pasukan itu akhirnya berjaya dileraikan anggota pasukan keselamatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Royal Rumble
#penyokong tumbuk-menumbuk
#Stadium Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan