IPOH: Malaysia akan mengambil iktibar insiden rusuhan yang berlaku selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia, pada Sabtu malam yang mengorbankan 125 orang setakat ini bagi mengelakkan tragedi itu daripada berlaku di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau juga akan berhubung dengan rakan sejawatan di negara itu bagi menawarkan bantuan.
"Kita menganggap Indonesia bukan sahaja sebagai jiran kita tapi mereka juga adalah saudara kita. Maka dengan kejadian rusuhan yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang banyak, begitu mendukacitakan.
"Malaysia akan mengambil ikhtibar daripada kejadian itu dan kita belajar bagaimana untuk mengelak perkara ini berlaku, bukan sahaja di sini, tetapi kita harap ia tidak berlaku di mana-mana juga," katanya.
Beliau ditemui ketika hadir Majlis Makan Malam dan Dana Pilihan Raya ke-15 (PRU15) Pas Perak di Ipoh pada Ahad malam.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada kerajaan Indonesia dan seluruh rakyat mereka, khususnya kepada keluarga mangsa.
Pada Sabtu malam, seramai 125 orang dilaporkan terkorban, termasuk dua anggota polis, dalam insiden rusuhan selepas perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Angka korban itu disahkan oleh pihak polis Indonesia selepas semakan semula jumlah mangsa.
Perbezaan jumlah mangsa yang dilaporkan sebelum ini dikatakan telah disebabkan kesilapan dalam rekod kematian di 10 hospital yang mengendalikan mangsa.
Sebelum ini, beberapa media tempatan dan antarabangsa melaporkan angka korban yang berbeza iaitu antara 125 hingga 174 orang dengan memetik sumber yang sahih.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Oct 02 2022
Anggota polis melepaskan gas pemedih mata terhadap penonton yang merusuh selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Indonesia. - Foto AP
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Indonesia adakan perlawanan semula antara kelab terlibat rempuhan maut tanpa penonton
Perlawanan antara Persebaya dan Arema FC dilaksanakan tanpa penonton mengikut permit yang dikeluarkan polis.
[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Portal berita Indonesia, melaporkan sekurang-kurangnya dua daripada mangsa yang terbunuh terdiri daripada anggota polis tempatan.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia sedia hulur bantuan - Ahmad Faizal
Ini kerana Indonesia bukan sekadar negara jiran kepada Malaysia bahkan merupakan sahabat serta saudara serumpun.
Tingkat prosedur kawalan orang ramai di venue sukan - Ti
Selain mengharapkan penyokong dapat mengawal emosi, anggota penguat kuasa yang bertugas juga perlu bijak mengawal keadaan dan provokasi.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia ambil iktibar - Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga akan berhubung dengan rakan sejawatan di negara itu bagi menawarkan bantuan.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Anak tunggal jadi yatim piatu sekelip mata
Pasangan suami isteri, M Yulianton dan Devi Ratna antara mangsa yang terkorban dalam dalam rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan.