KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan sekiranya diperlukan oleh kerajaan Republik Indonesia khususnya Kementerian Pemuda dan Olahraga negara berkenaan susulan daripada insiden rusuhan pada perlawanan bola sepak Sabtu lepas.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ini kerana Indonesia bukan sekadar negara jiran kepada Malaysia bahkan merupakan sahabat serta saudara serumpun yang akan senantiasa ditemani ketika berdepan detik-detik sukar.
"Semoga insiden ini menjadi teladan dan iktibar buat semua pihak agar ia tidak lagi berulang bukan sahaja di Indonesia malah, termasuk Malaysia serta lain-lain negara seluruh dunia.
"Sukan seharusnya memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan bukan sahaja dalam kalangan atlet malah, meliputi setiap daripada kita. Marilah kita semua senantiasa mendukung semangat kesukanan yang tinggi demi kemaslahatan bersama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada kejadian berkenaan, seramai 125 orang dilaporkan terkorban, termasuk dua anggota polis, dalam insiden rusuhan selepas perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Arema FC dan Persebaya Surabaya yang berlangsung di Stadium Kanjuruhan, Malang.
Ahmad Faizal dalam masa sama turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut serta mendoakan kesembuhan kepada mangsa yang cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Ahmad Faizal turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut serta mendoakan kesembuhan kepada mangsa yang cedera. - Facebook Faizal Azumu

Lawatan PM Anwar ke Thailand bakal teroka kerjasama baharu
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bermula Khamis dijangka memperluas lagi kerjasama sedia ada dan meneroka kerjasama baharu.

Universiti tidak sepatutnya lupakan keutamaan kajian kemanusiaan - Sultan Nazrin
Biarpun peralihan tumpuan sektor pendidikan tinggi kepada mata pelajaran STEM meningkat, universiti tidak sepatutnya melupakan keutamaan kajian kemanusiaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Perodua sasar jual 5,700 unit model Axia serba baharu sebulan
Julat harga tentatif bagi model D74A di Semenanjung Malaysia tanpa insurans adalah di antara RM38,600 dan RM49,500 seunit.

Pantau Kerajaan Baharu: Kaji selidik mega 100 hari Kerajaan Perpaduan
Menjelang 100 hari Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima media arus perdana negara bergabung bagi melaksanakan kaji selidik mega bermula hari ini.

Russia's rescue crews in Syria pulling people alive from quake-hit buildings
Russian military personnel and Syrian civilians pulling man from collapsed house in Aleppo. Russian Emergencies Ministry team rescuing man in Jableh. Russian military delivering humanitarian aid to residents of Aleppo province.

AWANI Ringkas: KKM akan bentang kertas putih perolehan vaksin - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.

PRN: Proses pembahagian kerusi BN-PH akan temui kegagalan, 'perceraian' - Sanusi
Sanusi harap 'perceraian BN-PH' dengan 'talak' tiga, dua atau satu segera berlaku.

PRN: Jawatankuasa Pilihan Raya perlu perinci dasar kerjasama politik - Aminuddin
Aminuddin mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Raya yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan memperincikan dasar kerjasama politik yang diinginkan untuk PRN tahun ini.

Belanjawan 2023: PM Anwar beri bayangan jumlah peruntukan dikurangkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak boleh bertahan dengan defisit yang tinggi dan mesti berusaha untuk mengurangkan hutangnya.

Gempa bumi Turkiye: Agong seru beri bantuan kepada mangsa
Yang di-Pertuan Agong sedih dengan kejadian bencana alam yang menimpa Turkiye dan Syria.

Malaysia bentuk pasukan khas selaras bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria
Pasukan Petugas itu diketuai bersama oleh Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Gempa bumi Turkiye: Pihak ingin salur sumbangan boleh hubungi Nadma - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan kepada kerajaan Turkiye susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada Isnin, boleh berhubung dengan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma).

Gempa bumi Turkiye: New Zealand sedia bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria
New Zealand amat sedih atas kehilangan nyawa serta kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi ini.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia hantar pasukan SMART, 75 anggota digerak malam ini
Jelas beliau, seramai 75 orang anggota akan digerakkan ke Turkiye pada malam ini menerusi penerbangan Turkish Airlines.

MAIM peruntuk RM13.1 juta bantu mualaf tahun ini
Ia meliputi bantuan seperti pendidikan, kebajikan, bantuan makanan bulanan, perubatan, bantuan anak-anak mualaf dan sebagainya.

#SuaraMalaysia: Majoriti mahu bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Bajet 2023
Sebanyak 57 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia mahukan bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023 yang bakal dibentang pada 24 Feb ini.

AS umum bantuan pakej senjata baharu lebih AS$2 bilion untuk Ukraine
Bantuan itu termasuk senjata pertahanan udara dan dron, kenderaan infantri berperisai, peluru berpandu antikereta kebal dan peluru artileri.

Anggota bomba cedera digigit beruang selamat jalani pembedahan
Keadaan Mohd Nizam Hamid, 27, bertambah baik selepas menjalani pembedahan pada pagi Jumaat.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.