KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney kecewa apabila pasukannya terpaksa menunggu lebih lama untuk memulakan kempen Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas Myanmar menarik diri daripada kejohanan itu hari ini.
Penarikan diri itu menyebabkan aksi pembukaan saingan Kumpulan B Malaysia menentang Myanmar di Stadium Prince di Phnom Penh, Kemboja dibatalkan.
Maloney berkata pasukannya tidak sabar untuk beraksi pada tiga perlawanan kumpulan sebelum kejohanan itu.
"Kami datang ke sini (Phnom Penh) untuk bermain bola sepak dan memberi pendedahan kepada pemain di peringkat antarabangsa, jadi ketika ini sudah pasti kurang dua perlawanan yang kami ada peluang untuk beraksi.
"Bagi saya, amat memalukan kami tidak boleh bermain bola sepak dan saya memahami keadaan dilalui Indonesia dan Myanmar hingga mereka perlu menarik diri, memandangkan aksi kumpulan kini hanya tinggal satu perlawanan antara kami dan Laos, jadi kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya," katanya pada sidang media secara maya dari Phnom Penh hari ini.
Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasminya mengesahkan Myanmar yang dikendalikan ketua jurulatih Velizar Popoz terpaksa menarik diri daripada kejohanan berikutan penularan kes COVID-19 dalam skuad tersebut.
Myanmar merupakan pasukan kedua menarik diri daripada kejohanan itu selepas juara bertahan Indonesia yang turut diundi dalam Kumpulan B bertindak sama pada Jumaat lepas berikutan tujuh pemain dan seorang pegawai pasukan disahkan positif COVID-19.
Dengan penarikan diri itu, saingan Kumpulan B kini hanya melibatkan Malaysia dan Laos dan kedua-dua pasukan akan bertemu di Stadium Prince pada 18 Feb untuk menentukan juara kumpulan sekali gus automatik layak ke separuh akhir.
"Terdapat cadangan untuk kami menentang Laos dua kali memandangkan hanya tinggal dua pasukan tetapi Laos menolak cadangan itu. Jadi, ia akan menjadi perlawanan tunggal yang boleh dianggap perlawanan yang penting untuk ke separuh akhir," katanya.
Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir pada 24 Feb manakala perlawanan akhir dijadual pada 26 Feb.
Sementara itu, jurulatih kelahiran Australia itu turut menafikan laluan pasukannya ke separuh akhir lebih mudah apabila mereka hanya perlu bertemu Laos.
"Saya tidak nampak apa-apa kelebihan, perlawanan tunggal apa-apa boleh berlaku, ia seperti perlawanan akhir, tiada perkara mudah mengenainya kami masih perlu menyelesaikan tugas itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022
Maloney berkata pasukannya tidak sabar untuk beraksi pada tiga perlawanan kumpulan sebelum kejohanan itu. - Gambar/ Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Saat mengecewakan buat Maloney dan Harimau Muda di Kemboja
Maloney berkata pasukannya tidak sabar untuk beraksi pada tiga perlawanan kumpulan sebelum kejohanan itu.