KOTA KINABALU: Pasukan Sabah FC hari ini memohon maaf kepada peminat dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) terhadap tingkah laku buruk peminat bola sepak yang membaling botol air ke arah padang serta kawasan teknikal di tepi padang dalam pertembungan di Stadium Likas Jumaat lepas.
Pengurus pasukan Sabah FC Ahmad Marzuki Nasir berkata apa jua yang berlaku semasa permainan di atas padang, tidak boleh dijadikan jestifikasi terhadap tingkah laku buruk itu, dan beliau berharap insiden berkenaan tidak akan berulang di masa hadapan.
"Terdapat tindakan-tindakan di luar padang permainan yang Sabah tidak boleh terima. Emosi akan sentiasa memuncak semasa mana-mana perlawanan bola sepak yang kompetitif, tetapi pada masa yang sama perlu ada kawalan yang ditunjukkan semua pihak bagi menjamin keselamatan peminat, pemain dan pegawai.
"Sehubungan itu Sabah juga ingin memohon maaf kepada penyokong JDT yang berkunjung ke Stadium Likas untuk perlawanan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pertembungan Liga Super Jumaat lepas di Stadium Likas di sini, Sabah tumpas 2-1, yang membawa kepada beberapa insiden buruk, termasuk membaling botol air dan perbalahan besar dalam kalangan peminat.
Sementara itu rata-rata netizen dalam menyuarakan pandangan mereka di Facebook rasmi Kelab Bola Sepak Sabah berkata kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan tindakan kasar yang tidak terkawal itu, dan orang yang terlibat tidak mewakili semua peminat Sabah.
Mereka turut meminta supaya pengurusan kelab mengetatkan kawalan keselamatan di stadium, terutamanya dalam permainan yang berprofil tinggi.
Salah seorang netizen berkata peminat perlu mengawal diri semasa di stadium, dan seharusnya tidak lupa kepada adab sopan walaupun semada dalam keadaan marah atau tidak puas hati.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
Gol pada minit akhir oleh pasukan JDT membuatkan sekumpulan penyokong Sabah FC membaling botol air ke arah padang serta kawasan teknikal di tepi padang dan merentap bendera Johor. - Facebook JDTFC
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.
Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee
Sabah FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
Piala AFC: Sabah FC tewas di laman sendiri pada perlawanan terakhir kumpulan H
Keputusan itu tidak mengubah kedudukan Sabah di takhta kumpulan H dengan meraih 12 mata hasil empat kemenangan serta tewas dua kali.
Sepakan penalti Vitor ikat Terengganu
Sepakan itu diperoleh selepas penjaga gol TFC Muhammad Rahadiazli Rahalim merempuh Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam kawasan penalti.
Piala AFC: Sabah FC sahkan slot pusingan kalah mati
Tuan rumah memberikan gol pendahuluan buat Sabah selepas hantaran leret Daniel Ting ke dalam kawasan kotak penalti tertampan kaki Naoki Kuriyama.
Ketiadaan tonggak pertahanan utama punca tewas - Ketua Jurulatih TFC
Steinbruckner menyifatkan ketiadaan empat tonggak pertahanan utama menjadi punca Terengganu FC (TFC) tewas 0-4 di tangan Sabah FC.
Sabah benam Hai Phong, rampas takhta kumpulan H
Skuad bimbingan Ong Kim Swee bermula cemerlang apabila membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak dekat Daniel Ting pada minit ke-19.
Piala AFC: Kim Swee tagih aura penyokong Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee menyeru penyokong Sabah FC agar dapat menjelmakan sokongan padu dalam menggalas misi Piala AFC bertemu wakil Vietnam, Hai Phong FC.
Piala AFC: Hai Phong FC calar rekod Sabah
Hasrat Sabah untuk bangkit pada separuh masa kedua untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata tidak kesampaian.