awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah kembali raih tiga mata, Negeri Sembilan nyaris tumbang di laman sendiri

Bernama
Bernama
26/06/2023
22:00 MYT
Sabah kembali raih tiga mata, Negeri Sembilan nyaris tumbang di laman sendiri
Wilkin berjaya menjaringkan gol kedua dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut, Sabah FC kembali meraih kemenangan apabila mengatasi Kelantan United 3-0, pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu malam tadi.
Turun beraksi tanpa kelibat Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee yang digantung perlawanan, tidak menjejaskan skuad Sang Badak apabila berjaya berada di hadapan pada minit ke-20, menerusi penyudah penyerang Saddil Ramdani selepas bijak memanfaatkan hantaran lambung rakan sepasukan.
Pasukan pelawat, menambah jaringan seminit sebelum rehat selepas pemain tengah Stuart Wilkin, menolak masuk bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Muhamad Ilham Amirullah Razali.
Ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar melengkapkan kemenangan 3-0 Sabah selepas menjaringkan gol ketiga pada minit ke-62.
Selepas 15 perlawanan, Sabah di kedudukan kelima mengumpul 27 mata, sementara Kelantan United kekal di kedudukan kedua tercorot apabila hanya meraih enam mata.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pasukan tuan rumah Negeri Sembilan FC terpaksa berpuas hati dengan kutipan satu mata, selepas seri 1-1 ketika bertemu Penang FC.
Pemain tengah Tommy Mawat, muncul wira menyelamatkan maruah Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol penyamaan di penghujung perlawanan, menerusi sepakan percuma pada minit ke-88.
Terdahulu pasukan tuan rumah tersentak dengan jaringan pendahuluan pasukan Penang FC pada minit ke-49, yang disumbangkan pemain import lawan Giovane Gomes, selepas menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Negeri Sembilan yang dibimbing K Devan, kekal di kedudukan kesembilan dalam carta liga dengan 19 mata, diikuti Penang FC di kedudukan ke-10 dengan 16 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Sabah FC
#Kelantan United
#Negeri Sembilan FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan