Kedua-dua pasukan mencapai kesepakatan untuk pemain berusia 23 tahun itu berkelana ke Eropah selama semusim dengan pilihan melanjutkan kontraknya setahun lagi dengan yuran yang tidak dinyatakan.
Kelab di wilayah Algarve itu telah mengikuti perkembangan pemain berkenaan sejak enam bulan lalu dengan menyifatkan anak muda dari Terengganu tersebut sebagai pemain paling berbakat dan salah seorang pemain Asia yang menjanjikan masa depan cerah.
Menurut laporan akhbar O Jogo di Porto, perjanjian itu telah dimeterai semalam hasil hubungan baik Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Kelab itu tidak sabar-sabar lagi untuk melihat sejauh mana Safawi mampu menyesuaikan diri dengan bola sepak Portugis dan saingan Liga Perdana.
Pengurus, Paulo Sergio, turut menunjukkan minat untuk memiliki sekurang-kurangnya seorang lagi pemain sayap.
JDT turut mengesahkan ada menerima tawaran bagi sentuhan Pemain Paling Bernilai 2019 itu.