awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Safiq Rahim bangga dengan sumbangan rakan sepasukan

Astro Arena
Astro Arena
26/09/2016
06:36 MYT
Safiq Rahim bangga dengan sumbangan rakan sepasukan
SAFIQ: Kami dahagakan lagi kejayaan pada masa akan datang.
KETUA pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim berterima kasih buat rakan sepasukan atas kerjasama tinggi hingga sejarah tercipta julang kejuaraan hatrik Liga Super.
Meskipun Safiq tidak turun beraksi dalam perlawanan berdepan T-Team pada Sabtu, namun dia bangga melihat rakan sepasukan cemerlang di padang untuk menang 5-1.
Pasukan mana yang tidak mahu meraikan kejuaraan julang trofi Liga Super dengan kemenangan terlebih dahulu dan JDT berjaya memuaskan hati penyokong yang hadir dengan jaringan lima gol.
Trofi yang diberikan secara rasmi oleh Presiden kelab JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim itu kepada Safiq selaku kapten jadi simbolik bermakna buat pasukan itu atas penat lelah mereka.
"Alhamdulilah kami sebagai pemain menjalankan tugas dengan baik. Kami semua telah berikan 100 peratus, dan saya harap momentum ini dapat dikekalkan.
"Kami dahagakan lagi kejayaan pada masa akan datang," jelasnya.
Cukup untuk seketika menyambut kemenangan kerana tegas Safiq, skuad itu ada misi yang sangat penting untuk merebut slot ke final Piala AFC dalam aksi separuh akhir pada 28 September ini.
"Selepas ini kami akan mula fokus kepada saingan Piala AFC. Saya harap kami akan mendapat keputusan separuh akhir pertama yang baik di Larkin," tambahnya.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#JDT
#Liga Super
#Safiq Rahim
#T-Team
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan