awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Safiq Rahim kembali sertai JDT

Bernama
Bernama
10/02/2021
09:26 MYT
Safiq Rahim kembali sertai JDT
Safiq Rahim bakal kembali menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang dijangka bermula pada 5 Mac depan. - Foto: Facebook Johor Southern Tigers
JOHOR BAHRU:Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim bakal kembali menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang dijangka bermula pada 5 Mac depan.
Berita kepulangan pemain berusia 34 tahun itu dipaparkan menerusi satu video ringkas berdurasi 28 saat yang dimuat naik dalam laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini, dengan kemunculannya disambut rakan sepasukan Matthew Davies dan Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Safiq pernah menyertai JDT dari 2013 hingga 2018 sebelum berpindah ke Melaka United.
Dalam pada itu, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memberi komen ringkas dalam laman Instagram pasukan bola sepak itu sekali gus mengesahkan kepulangan Safiq dalam skuad Harimau Selatan.
Sepanjang bersama skuad Harimau Selatan sebelum ini, Safiq yang merupakan bekas perancang tengah JDT, membantu pasukan itu menjulang beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala AFC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Safiq Rahim
#JDT
#Johor Darul Ta'zim
#kembali
#Liga Malaysia
#Liga-M
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Harimau Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan