awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Petronas sedia main peranan penyelesaian bekalan tenaga, kelestarian
MALAYSIA
2,000 pelajar tahfiz di Pahang sertai program solidariti Palestin
BISNES
Bank Islam lancar IFiRST untuk dorong syarikat laksana amalan lestari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Sah! Steven Gerrard tinggalkan Liverpool FC

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2015
11:50 MYT
Sah! Steven Gerrard tinggalkan Liverpool FC
Gerrard memilih untuk bersama kelab selain dari Liga Inggeris kerana tidak mahu bertembung dalam perlawanan menentang Liverpool.
Kapten kelab Liverpool FC, Steven Gerrard menjadi tumpuan di media sosial hari ini.
Pemain bola sepak Inggeris berusia 34 tahun itu pada beberapa jam lalu mengesahkan menamatkan kontraknya bersama The Reds tahun ini.
Gerrard dikatakan bakal berpindah ke liga Amerika Syarikat pada penghujung musim Liga Inggeris (EPL) berakhir.
Maklumat itu disahkan beberapa portal berita Inggeris termasuk BBC.
Melalui temubual bersama BBC juga, Gerrard mengakui tindakan berpindah dari kelab kesayangannya itu adalah satu keputusan paling sukar dalam hidupnya.
Gerrard memilih untuk bersama kelab selain dari Liga Inggeris kerana tidak mahu bertembung dalam perlawanan menentang Liverpool.
Pada laman Twitter rasmi LFC, peminat mula membanjiri tweet dengan ucapan dan penghormatan buat pemain yang dianggap legenda ini.
Gerrard telah bersama The Reds sejak berumur sembilan tahun lagi dan menyumbangkan 180 gol dalam 695 perlawanan untuk LFC.
Topic Berkaitan
#Liverpool FC
#Steven Gerrard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami