awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saiful, Jordan Boy akui 'kurang senang' bertarung sesama sendiri

Haider Yutim
Haider Yutim
30/06/2019
08:20 MYT
Saiful, Jordan Boy akui 'kurang senang' bertarung sesama sendiri
Saiful Merican (kiri) dan Jordan Boy teruja dapat kembali beraksi di gelanggang ONE Championship, Julai ini. - Foto ONE/Instagram/@jordanboy_1996
Dua atlet Muay Thai negara, Saiful Merican dan Mohammed 'Jordan Boy' Mahmoud teruja dapat kembali beraksi di gelanggang ONE Championship, Julai ini.
Bagaimanapun kedua-dua petarung itu kurang senang kerana terpaksa berdepan sesama sendiri pada acara itu nanti.
"Seboleh-bolehnya saya cuba elak bertarung dengan rakan senegara kerana saya lihat mereka sebagai rakan sepasukan, saudara saya.
"Tapi ini kerja yang perlu kita lakukan, ia bukan peribadi. Saya cuba bina kerjaya dalam sukan, dan seni bela diri," katanya ketika ditemui Astro AWANI di ibu negara, baru-baru ini.
Sungguh pun begitu, Saiful, 30 tahun, berkata dia masih gembira kerana telah diberi peluang untuk bertanding selepas hampir dua tahun tidak berbuat demikian.
"Saya dah nak masuk dua tahun tak berlawan, kerana cedera pada pertarungan terakhir saya di Macau, tapi memang hari-hari saya memikirkan bila akan dapat berlawan lagi.
"Dua bulan lalu, saya periksa dengan doktor bila ONE Championship tawarkan saya untuk bertarung di KL, saya tak tahu nak cakap apa... saya gembira sangat lebih-lebih lagi dapat berlawan di hadapan penonton Malaysia," katanya.
Ini merupakan kali pertama Saiful bertanding dalam sukan Muay Thai di pentas ONE Championship.
Bagi Mohammed atau lebih dikenali sebagai Jordan Boy pula, sungguh pun tidak berapa menyukainya, namun dia melihatnya sebagai peluang untuk belajar dari seorang atlet yang lebih berpengalaman.
"Sebenarnya tak suka juga lawan sesama sendiri, lagi suka lawan orang luar (negara). Tapi buat macam mana, mereka bagi kita berlawan dengan orang Malaysia juga.
"Jadi gembira juga dapat lawan dengan dia sebab dia berpengalaman, dapat kongsi gelanggang dengan dia, bertukar teknik dengan dia... jadi kita lihat bagaimana," kata petarung berusia 23 tahun itu.
Kejohanan bertaraf antarabangsa 'ONE: Masters Of Destiny' akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, 12 Julai ini.
Topic Berkaitan
#Axiata Arena
#Jordan Boy
#Mohammed Mahmoud
#Muay Thai
#ONE Championship
#ONE MASTERS OF DESTINY
#Saiful Merican
#seni bela diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan