awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah pasang lagu kebangsaan, pegawai Copa America mohon maaf kepada Uruguay

Astro Arena
Astro Arena
06/06/2016
03:47 MYT
Salah pasang lagu kebangsaan, pegawai Copa America mohon maaf kepada Uruguay
Reaksi pemain Uruguay ketika lagu kebangsaan yang salah dimainkan. Foto AFP
Pegawai Copa America memohon maaf kepada Uruguay selepas melakukan "kesilapan manusia" apabila memasang lagu kebangsaan Chile sebelum pertembungan dengan Mexico bermula.
Pemain-pemain Uruguay kelihatan bingung selepas lagu Chile dimainkan di Stadium Universiti Phoenix di Glendale, Arizona.
Ia sedikit-sebanyak memberi kesan kerana Alvaro Pereira menanduk masuk gol sendiri pada minit keempat, yang meletakkan Mexico di hadapan.
Dalam satu kenyataan, penganjur memohon maaf kepada Uruguay disebabkan kesilapan itu.
"Akibat 'kesilapan manusia', kami memohon maaf kerana memainkan lagu kebangsaan yang salah.
"Kami memohon maaf kepada Persekutuan Uruguay, pasukan negara Uruguay, dan rakyat Uruguay di atas kesilapan ini.
"Kami akan bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat untuk memastikan kesilapan sebegini tidak akan berlaku lagi.
Uruguay tewas 3-1 kepada Mexico dalam aksi sulung Kumpulan C, Copa America sebentar tadi.
Topic Berkaitan
#Copa America 2016
#salah pasang lagu kebangsaan Uruguay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan