awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAM kecewa cara Teong Kim santuni petugas media selepas kekalahan Perak

Bernama
Bernama
05/04/2023
08:28 MYT
SAM kecewa cara Teong Kim santuni petugas media selepas kekalahan Perak
Norismadi berkata media berperanan untuk menyampaikan maklumat dan tidak seharusnya menerima layanan seperti diberikan Teong Kim. - Gambar FB SAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menzahirkan kekecewaan terhadap cara ketua jurulatih Perak Datuk Lim Teong Kim menyantuni petugas media selepas tamat aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Presidennya Norismadi Abd Manap berkata Teong Kim seorang jurulatih yang memiliki pengalaman luas di Eropah, namun bersikap acuh tak acuh ketika menjawab dua soalan mudah yang dilontarkan penolong penerbit stesen televisyen swasta kepadanya sejurus perlawanan tamat.
"Bahasa tubuh serta cara beliau berdepan dengan media untuk dua soalan ringkas itu amat negatif pada pandangan SAM. Rakan media faham situasi dan emosi jurulatih selepas mengalami kekalahan besar, tetapi kami hanya menjalankan tugas kami.
"Janganlah menjadikan media sebagai tempat untuk melepaskan geram kerana kami tidak mencampuri sebarang urusan dalam pasukan anda dan tidak mempunyai sebarang agenda peribadi," katanya kepada Bernama, hari ini.
Norismadi berkata media berperanan untuk menyampaikan maklumat dan tidak seharusnya menerima layanan seperti diberikan bekas Pengarah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu.
Pada pertembungan di Ipoh semalam, JDT membelasah Perak 5-0 sekali gus menyaksikan anak buah Teong Kim mencatat kekalahan ketiga berturut-turut.
Kekalahan besar itu dilihat mempengaruhi emosi Teong Kim yang menunjukkan reaksi kurang mesra terhadap penolong penerbit bertugas semasa sesi temu bual yang disiarkan secara langsung selepas perlawanan, termasuk meminta pengamal media berkenaan melakukan penilaian serta mencari jawapan sendiri berhubung soalan yang diberikan.
Perak kini berada di kedudukan ke-10 dengan mengumpul lima mata selepas hanya berjaya merakam satu kemenangan dan dua seri dalam keseluruhan tujuh perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lim Teong Kim
#petugas media
#ketua jurulatih perak
#Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan