LIVERPOOL memperoleh kedudukan teratas empat terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kini akan menjadi satu kejutan berikutan penurunan dramatik musim ini, menurut bekas pemain tengah Reds, Jamie Redknapp.
Masalah kecederaan menjadi pematah peluang Liverpool mempertahankan kejuaraan, dengan kapten, Jordan Henderson, antara terbaru dalam senarai tersebut.
Pemain kebangsaan England itu dijangka diketepikan sehingga April selepas menjalani pembedahan pangkal paha ketika tewas kepada Everton dalam aksi derby Merseyside.
Liverpool ditangga keenam liga dengan berbaki 13 perlawanan, dengan prospel realistik menjangkakan mereka akan jatuh lagi jika Everton dan Aston Villa meraih kemenangan kelebihan perlawanan masing-masing.
Mereka kini telah tewas enam daripada sembilan perlawanan, sebanyak yang mereka alami dalam 100 perlawanan sebelumnya.
"Lawan telah menemui jalan," kata Redknapp.
"Apabila West Brom tiba di Anfield, mereka bertahan dan membenarkan Liverpool melakukan hantaran ke dalam kotak dan kerena mereka tidak memiliki penyerang berkelebihan secara fizikal -- anda akan sekadar menghantar bola ke dalam kotak sahaja.
"Liverpool bergelut, terutama ketika mereka ketinggalan, bagi mencari jawapan.
"Ia akan hadir, semestinya ia akan hadir, tetapi ketika ini segalanya yang dihadapi Liverpool adalah kesukaran, apabila anda bersama pasukan ayng bergelut menemui rentak, perkara asas sekalipun gagal dilakukan dengan baik.
"Mereka mungkin tidak mengakhiri saingan di kelompok empat terbaik. Ia bukan lagi satu kejutan -- apa yang mengejutkan jika mereka berjaya melakukannya dengan prestasi yang mereka miliki ketika ini.
"Tiada apa yang menggerunkan mengenai Liverpool ketika ini. Keputusan Liverpool hingga penghujung musim akan ada naik dan turun."
Kembalinya pengaruh pertahanan Virgil van Dijk dan penyokong yang kembali ke Anfield diketengahkan oleh Redknapp sebagai faktor yang harus memastikan kembali ke musim depan.
Tetapi merenung kesengsaraan mereka bagi musim 2020-21, dia menegaskan kecederaan bukan satu-satunya masalah, barisan pemain pasukan turut bergelut menemui rentak.
"Satu perkara yang anda tidak boleh dinafikan adalah tahap pasukan menurun," tambah Redknapp.
"Sekiranya anda melihat keseluruhan pasukan, penjaga gawang tidak begitu baik, Trent Alexander-Arnold, tahun lalu dan tahun sebelumnya, tahapnya begitu tinggi.
"Bek kanan terbaik dunia seperti yang diperkatakan, tetapi dia bukan lagi pemain yang sama tahun ini.
"Namun saya yakin mereka akan kembali bermain dengan lebih baik pada masa akan datang. Mereka turut mengetahuinya, mereka perlu berusaha dengan lebih baik."
Liverpool bertandang untuk bertemu Sheffield United Ahad ini.
Astro Arena
Sat Feb 27 2021

Liverpool ditangga keenam liga dengan berbaki 13 perlawanan, dengan prospel realistik menjangkakan mereka akan jatuh lagi jika Everton dan Aston Villa meraih kemenangan. - Gambar fail

Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK ditawarkan dalam CPTPP - Tengku Zafrul
Susulan itu, UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

PM Anwar bertemu Premier Li Qiang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Li Qiang.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH
Dakwaan dibuat oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Real Madrid bermain untuk menang
Carlo Ancelotti kelebihan tiga gol dibawa daripada perlawanan pertama di Anfield tidak memberikan sebarangan jaminan kemaraan.

EPL: Liverpool tersungkur di Bournemouth
Pengendali Liverpool Jurgen Klopp menyifatkan pemain The Reds tidak memanfaatkan deretan peluang dimiliki pelawat.

EPL: Keputusan Firmino tinggalkan Liverpool kejutkan Klopp
Pemain Brazil itu memaklumkan dia mungkin meninggalkan mereka selepas kontraknya tamat pada penghujung musim ini.

Liga Europa: Rashford gembira United hapus mimpi ngeri Liverpool
Marcus Rashford menekankan kepentingan kemenangan Manchester United dalam Liga Europa ke atas Real Betis selepas kekalahan kepada Liverpool.

UEL: Tiada siapa sempurna - Ten Hag, Rashford pertahan Fernandes
Pemain tengah Portugal itu dihukum kerana prestasi dan sikapnya semasa kekalahan memalukan 7-0 United di Anfield.

Layanan 'pengering rambut' nanti pemain United
Suasana di padang latihan Manchester United di Carrington seperti rumah mayat selepas diaibkan dengan jaringan 7-0 oleh Liverpool.

David de Gea ikrar kebangkitan Manchester United
Hanya seminggu selepas United menamatkan kemarau piala selama enam tahun dengan kejayaan EFL, kekecewaan kali ini cukup berbeza

Liverpool mudah 'laukkan' United
Liverpool jelas menguasai perlawanan sejak minit pertama, namun United tampak lebih berbahaya ketika melakukan serangan.

Mohamed Salah tidak rela Liverpool terbawa-bawa kejayaan belasah Manchester United
Mohamed Salah gembira berpeluang melakar rekod istimewa bersama Liverpool ketika membelasah Manchester United 7-0.

Neville, Keane kritik hebat persembahan Bruno Fernandes berdepan Liverpool
Pemain Manchester United wajar berasa malu dan tidak syak lagi akan berasa terhina selepas kalah 7-0 berdepan Liverpool.