Finalis anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri merancang untuk berswafoto bersama idolanya, Cristiano Ronaldo jika berpeluang berjumpa dengan bintang Portugal itu.
Pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu juga semakin teruja dan gementar apabila bakal berkongsi pentas dengan bintang bola sepak antarabangsa seperti Lionel Messi dari Argentina dan Antoine Griezmann dari Perancis.
"Ronaldo memang merupakan idola saya sejak dulu lagi. Kalau jumpa beliau, saya pasti selfie (swafoto) dengan dia.
"Keadaan mental saya tidak menentu, ketaq (ketar) pun ada, gembira dan teruja pun ada. Tekanan memang tinggi tetapi saya cuba menenangkan diri kerana berada dalam senarai tiga terakhir pun bagaikan satu kemenangan bagi saya.
"Saya harapkan rakyat Malaysia terus mendoakan saya pergi dan balik dengan selamat," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini sebelum berlepas ke Zurich, Switzerland.
Ronaldo dijangka menghadiri majlis Anugerah FIFA itu untuk menerima anugerah Ballon d'Or 2016 selain dicalonkan untuk anugerah pemain terbaik 2016.
Mohd Faiz dijangka tiba di Zurich pada 7.55 malam Ahad waktu tempatan, bersamaan 2.55 pagi Isnin waktu Malaysia selepas transit di Dubai untuk majlis itu yang dijadualkan pada 6 petang waktu tempatan.
Ditanya mengenai pakaian yang bakal dipakai ketika menghadiri majlis itu, Mohd Faiz berkata beliau akan mengambil keputusan selepas melihat keadaan cuaca di Zurich, yang buat masa ini boleh mencecah -3 darjah celsius.
"Buat masa ini saya ada tiga pasang baju Melayu dan masih belum membuat keputusan untuk pakai yang mana satu, kerana suhu di sana sangat sejuk. Jika tidak boleh memakai baju Melayu, saya akan sekurang-kurangnya ambil gambar dengan baju Melayu di Zurich," katanya.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini berkata Faiz sudah mendapat kebenaran daripada FIFA untuk memakai baju Melayu ke anugerah berprestij itu.
Beliau ditemani isteri Norzawanis Hashim, 29, dan dua anak, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.
Turut mengiringi beliau ke Zurich ialah Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Mohd Azizudin Mohd Sharif.
Mengulas mengenai perkara pertama yang dilakukan beliau sekiranya berjaya meraih anugerah itu, Mohd Faiz berkata beliau akan balik ke bilik hotel untuk mengucapkan terima kasih kepada isterinya.
FIFA hanya memberikan jemputan kepada beliau dan wakil daripada ahli gabungan, iaitu Afandi untuk menghadiri majlis itu.
Jaringan ajaib Faiz yang melanggar hukuman fizik yang dijaringkan ketika meraih kemenangan 4-1 ke atas Pahang, merupakan antara tiga gol yang disenarai akhir untuk Anugerah Puskas 2016.
Dua lagi calon bagi anugerah gol paling cantik sepanjang tahun lalu ialah Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
Sementara itu, Afandi berharap Mohd Faiz dapat mencipta sejarah sebagai pemenang pertama anugerah itu dari rantau Asia sejak diperkenalkan pada 2009.
"Sudah tentu FAM amat mengharapkan Faiz dapat cipta kejayaan kerana beliau merupakan finalis pertama Asia. Saya berharap rakyat Malaysia terus mengundi dan berdoa untuk mencapai kejayaan," katanya.
Peminat bola sepak dunia boleh mengundi sehingga majlis anugerah itu bermula, iaitu pada 6 petang Isnin waktu Zurich.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017
Sadiah Ishak mencium Faiz Subri sebelum pemain itu bertolak ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada 7 Januari. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
Juventus kaji semula keputusan diarah bayar Ronaldo RM50 juta
Mahkamah timbang tara arah Juventus bayar gaji tertunggak 9.8 juta euro kepada Ronaldo.
Ronaldo hampir tumbuk pengadil selepas terima kad merah
Ronaldo dilihat berang selepas diprovokasi pemain pertahanan Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi, hingga menyebabkan dia menyiku dada pemain tersebut.
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
Cristiano Ronaldo ledak hatrik lagi
Ronaldo jaringkan hatrik kedua dalam tempoh empat hari ketika Al-Nassr menumpaskan lawan Liga Pro Saudi, Abha 8-0.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Ronaldo mengamuk selepas tewas kepada Slovenia
Juara Euro 2016 itu tewas 0-2 kepada Slovenia pada Rabu, sekali gus menjadikan kekalahan pertama di bawah bimbingan Roberto Martinez.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.
ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr
Sesudah kalah dalam perlawanan pembukaan di Al Ain minggu lalu, kelab Liga Pro Saudi Ronaldo itu mengalami kekecewaan lagi awal pagi tadi.
Ronaldo digantung satu perlawanan kerana tunjuk isyarat lucah dalam perlawanan Liga Saudi
Ronaldo juga perlu membayar denda 10,000 riyal Saudi kepada Persekutuan Bola Sepak Saudi dan 20,000 riyal kepada Al-Shabab.