awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tak rindu beraksi, fokus lahirkan pelapis negara' - Nicol David

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/06/2022
13:20 MYT
'Saya tak rindu beraksi, fokus lahirkan pelapis negara' - Nicol David
Nicol akui bukan mudah untuk melahirkan bakat baharu yang cemerlang kerana ia memerlukan penstrukturan yang rapi. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengakui tidak pernah terlintas untuk kembali bergiat aktif sebagai pemain walaupun sebelum ini ia sebati dalam dirinya selama 20 tahun.
Sebaliknya bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, tumpuannya kini lebih kepada usaha untuk melahirkan penggantinya bagi membawa nama negara di pentas antarabangsa.
“Saya memang dah tak rindu (sukan skuasy) kerana sudah bermain sepanjang 20 tahun... jadi misi saya sekarang ini sudah berbeza.
“Saya akan memberikan tumpuan sepenuh hati untuk bina generasi baharu tapi yang pasti saya tidak akan buat ‘comeback’,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Sabtu.
Sukan | Nicol tidak rindu 'beraksi', fokus lahirkan pelapis
Mengulas lanjut, beliau yang kini menjadi Ketua Jurulatih Nicol David Organisation (NDO), berkata sedang giat menggilap bakat-bakat baharu yang dibentuk seawal usia tujuh tahun.
Ujarnya, NDO juga tidak hanya menumpukan dari segi prestasi sukan malah turut mengimbangi dengan soal pendidikan bagi memastikan aspek masa depan yang terjamin.
Dalam pada itu, bercakap mengenai usahanya di NDO, beliau juga mengakui bukan mudah untuk melahirkan pelapis negara kerana ia memerlukan penstrukturan yang rapi selain perlu membentuk bakat baharu di usia muda.
NDO ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bermatlamat memperkasakan kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun daripada keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan menenerusi sukan dan pendidikan.
Selain latihan skuasy, NDO turut menyediakan kelas bahasa Inggeris yang dijalankan menerusi kerjasama dengan Kedutaan Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Nicol David
#Nicol David Organisation
#rindu beraksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan