PENGURUS Wales Chris Coleman menegaskan beliau tidak akan sesekali mengurus pasukan England atau mana-mana pasukan kebangsaan lain.

Coleman telah dikaitkan untuk menggantikan Roy Hodgson, selepas membawa Wales layak ke separuh akhir Euro 2016.

Walau bagaimanapun, bekas pengendali Fulham dan Coventry City telah menolak cadangan jika beliau akan menerima tugas sebagai pengurus The Three Lions.

"Ia merupakan sesuatu yang saya tidak pernah terfikir untuk mengendali England," kata Coleman.

Coleman telah mula mengendali Wales pada 2012 dan bakal berdepan Portugal di separuh akhir Euro 2016, memberitahu jika diberi peluang, beliau mahu mengendali pasukan luar dari negara kelahirannya.

"Sasaran saya seterusnya adalah membawa pasukan bersaing di Liga Juara-Juara dan apa yang lebih menarik, saya mahu mengendali pasukan luar daripada negara kelahiran saya.